f Secubit Garam: AYAM BUMBU BALI

N3 Terkini

Sunday, August 14, 2011

AYAM BUMBU BALI

ASSALAMUALAIKUM..

Resipi asalnya adalah Daging Bumbu Bali tapi dek kerana smlm nak masak menu ayam jadi K.Nor tukarlah bahan utama dlm resipi ni iaitu daging kepada ayam. Pastu K.Nor edit situ sini sket utk menyesuaikan resipi tu dgn masakan menggunakan ayam dan ayam yg digunakan pulak tak la banyak sgt, dlm 1/2 ekor jer. Jadi kena lah olah sket kan bahan2 tu. Kat bawah nanti K.Nor akan letak resipi Ayam Bumbu Bali, resipi olahan dari resipi Daging Bumbu Bali yg sumber asalnya adalah dari Cindai Biru @ Myresipi dan K.Nor ambil kat rumah MamaHawa. Mekasih utk keduanya2 ya..


Eh.. lupa nak beritau, mmg sedap masakan ni. Berselera jer masing2 menjamu selera masa berbuka semalam. Lain kali nak try dengan daging pulak hehe..

DAGING BUMBU BALI
sumber : Cindai Biru@MyR, MamaHawa

500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat - ni mama letak lebih sedikit
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.

~~~~~~~~~~~~

Ini resipi yg K.Nor olah..

AYAM BUMBU BALI
olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.


16 comments:

  1. salam kak! tumpang makan! hihihi... nmpk sgt tak pose wakakakak... aduhhhh... idung kita sbeal betullah, kepla senoneng jerr niii :-( tak jalan2 ke kak? :D jln2 carik tudung baju selipar :D

    ReplyDelete
  2. ijah >> tu la.. akak dah book mr T tu arini nak ajak keluar gi cari barang nak poskan ke jordan nun, cari barang2 lain sekali (sementara tengah beraya ni kan hehe) tp dia pulak ada kerja.. huh.. :(

    ReplyDelete
  3. akak plan nak masak menu2 chinese food hari ni nor..agak2 nor, daging ni sesuai tak dgn rasa chinese food.bila nampak daun limau tu dah jadi thai food kan?..tapi akak teringin betul nak buat ni ptg nanti..:)

    ReplyDelete
  4. k.nim >> tak ngam rasanya kalau dgn chinese food k.nim.. ni menu hala ke indon rasanya.. walau ada daun limau tak menghala ke thai sbb sekadar daun limau jer..

    ReplyDelete
  5. Akak... Makan ngan apa bumbu bali ni kak... Ngan nasi putih ker? Masuk list ni....

    ReplyDelete
  6. iza >> nasi putih jer smlm iza.. sedap tau gravy dia tu.. kalau buat lebih2 sket gravy tu boleh makan dgn nasi himpit pun sedap rasanya.. kalau buat lauk utk nasi minyak or nasi tomato pun sedap gak kut.. try la

    ReplyDelete
  7. sedap nampak nih...bole mkn dgn nasi himpit juga yer kak.. masuk list ler...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...
    Aik bulan2 posa pun sempat ke bali ye kak.
    Saya doakan moga mood mengukis akan akan muncul kembali.

    ReplyDelete
  9. mengeliurkan betoiii ayam tu kak...
    masuk list..
    nak try nanti....

    ReplyDelete
  10. okay nor mekaseh ya..skip dulu lah menu ni dulu.kena tunggu masa yg sesuai.:)

    ReplyDelete
  11. lieza >> sedap lieza.. mmg sekeluarga sukakan rasanya..

    sam >> w'salam.. ermm.. akak amik flight awal pagi sam, dpt tiket murah sket hehe

    amin.. harap2 gitu la sam :( mekasih..

    mas >> mmg rekomended ler.. try la.. :)

    k.nim >> tu yg sebaiknya.. tp jgn lupa buat tau.. sedap sgt k.nim :)

    ReplyDelete
  12. akak nor
    syg ketat2 sebab sedap la
    dah try buat menu berbuka tadik
    but ayu buat guna ayam...kuah x kering sgt sbb darl suka mkn nasik berkuah ngeee....super like it tqvm

    ReplyDelete
  13. ayu >> ughhhh.. lemas! heheeh.. meh nak hug ayu balik.. eermmmmmmm...

    sedap kan ayam tu.. k.nor pun suka.. lain kali nak buat lagi versi daging lak .. :)

    ReplyDelete
  14. nak cuba buat hari ni, suka masakan simple2 sbb yg komplikated tu ...susah sikit!

    ReplyDelete
  15. sedaplah resipi ni,rasanya spt paprik atau ala-ala tomyam pun ada..memang suka sangat:)

    ada post resipi ni n backlink ke blog ni...tqvm:)

    ReplyDelete
  16. teratai >> mmg sedap k.ga kan.. mekasih sudi cuba :)

    ReplyDelete