f Secubit Garam: SIAKAP GORENG 3 RASA

N3 Terkini

Wednesday, August 17, 2011

SIAKAP GORENG 3 RASA

ASSALAMUALAIKUM..

Sudah lama betul tak buat masakan 3 rasa ni. Bagi K.Nor ni lah masakan 3 rasa yg paling sedap. Tak kiralah samada ikan tu dikukus atau digoreng. Dua2 dah biasa buat dan dua2 sedap belaka. Tapi semalam bila tanya anak2 ikan ni nak digoreng atau dikukus, dia org nak yg makan yg digoreng. Jadi si tukang masak goreng aje la kan.. 

Memang licin ikan dipinggan kecuali tulang, kepala dan bahagian yg tak boleh dimakan la kan.. Memang sedap! Berselera jer tengok anak2 makan, si ayah mmg sentiasa berselera hehe

Jom tengok resipi Siakap Goreng 3 Rasa yg resipi asalnya Siakap Stim 3 Rasa oleh Chef NorZailina Nordin. Menu All Time Favorite K.Nor sekeluarga ni.. Soooooooo yummy!!


SIAKAP STIM 3 RASA
resipi : Norzailina Nordin
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 btg serai ~ dihiris (ni k.nor tambah)

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ k.nor guna sos ikan
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


## K.Nor skip bab mengukus tu sbb K.Nor buat versi goreng. Jadi lumurkan garam dan serbuk kunyit jer pada ikan dan goreng hingga masak/garing.

16 comments:

  1. fav ayu gak ni akak
    goreng garing2 perhhh sodap giler
    terlioq suda uwwaaaa
    siakap kat sini x der...selalu buat guna ikan tai jer

    ReplyDelete
  2. sedapnya, saya pun suka siakap tiga rasa ni, tapi kan, kat mana nak cari sos plum ye?? jenuh cari tak jumpa lah

    ReplyDelete
  3. perhh...memang terliur mas nengok ikan tu......

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak...
    sedaaaapnya tgk ikan tu akak... terliur sudah tau...

    ReplyDelete
  5. kak nor..terliurrrrrr...my all time fav ni kak..td beli ikan geruk2..masak mcm ni pun besh nih..

    ReplyDelete
  6. salam kak nor..ni fev somi sy,sy pulok tak mkn ikn siakap.haha..somi sy kata rugi tau kalau tak tahu mkn ikn nih..
    p/s:smlm sy dah cuba ayam bumbu bali tuh..mmg sedap kak..tp,xdan nak amik gambar bagai..tq kak resipi tuh.

    ReplyDelete
  7. saya n famili pun suka sgt2 masakan cenggini..kali nak try version kak nor plak la..thx d resepi.

    ReplyDelete
  8. wahh.. xpenah lg wat ikan 3 rasa ada daun limau purut n bunga kantan.. mesti lg sedap.. nnti bila dpt stok bunga kantan nk wat nih.

    ReplyDelete
  9. as salam..k nor,nanti saya nk cuba resepi ni ye..

    ReplyDelete
  10. Kak Nor..... siakap tiga rasa akak ni memang terbaik..... cap 2 jempol kak...

    ReplyDelete
  11. salam kak nor .... wah mengancam la sos dia hehe.. tak pernah lagi buat yg kukus tu ...takut x ikut selera keluarga lebih suka yg goreng ...

    ReplyDelete
  12. sedap resepi nie....terima kasih....sy gantikn jus limau ke jus lemon.....:)

    ReplyDelete
  13. sedap resepi nie....terima kasih....sy gantikn jus limau ke jus lemon.....:)

    ReplyDelete
  14. salam akak

    arini lookin'4 ikan siakap...tq ^__~

    **moge akak sihat di bln Ramadhan nii**

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam liza... waaa siakap la pulak.. best tu..

      amin.. mudah2an liza pun sihat hendaknya ... slmt berpuasa :)

      Delete