f Secubit Garam: BERPELITA DI SIANG HARI

N3 Terkini

Saturday, August 20, 2011

BERPELITA DI SIANG HARI

ASSALAMUALAIKUM..

1st time membuat Tepung Pelita, tak berapa cun sungguh case Tepung Pelita tu. Daun pisang yg ada kat bawah nun tak besor atau lebor2 sangat. Tak boleh nak lipat dua spt yg Ilah JY tunjukkan dalam tutorial dia utk menghasilkan case yg lebih kukuh. Jadi terpaksa buat selapis jer la.. Ok la tu kan, utk 1st timer. Ni pun belajar buat sebab nak mahirkan lagi kaedah nak buat Tepung Pelita, kuih kegemaran anak2 terutamanya Along. Dia cukup excited aritu bila K.Nor cakap K.Nor nak try buat Tepung Pelita sendiri. Bila dah try & error, nanti bila dia balik dah lebih elok la hasil Tepung Pelita ni kan. Dari segi casenya dan dari segi teksture/rasa kuih tu sendiri.. insyaallah..


Resipi kuih Tepung Pelita ni K.Nor ambil kat rumah Kak CManggis dan kaedah nak buat case/bekasnya pulak K.Nor tengok kat rumah Ilah JY. Klik ajer link Ilah tu ya kalau nak tengok tutorial yg Ilah buat. Akhir2 ni dah ramai yg tayang tutorial atau step by step nak buat case/bekas kuih yg sedap ni. Terima kasih pada kak CManggis dan Ilah ya..



TEPUNG PELITA
resipi : CManggis
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan utk bahagian bawah:
1 cawan tepung beras.
1 tbsp tepung jagung.
3 1/2 cawan air daun pandan.(Cm blend 6-7 helai daun pandan).
Sedikit air kapur.

Cara:
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali dan masak hingga naik wap .Kemudian sudukan kedalam kotak daun pisang seperti diatas.Jangan lupa masukkan 3/4 sudu teh gula pasir kedalam kotak terlebih dahulu.Ketepikan.

Bahan utk bahagian atas:
1/2 cawan santan pekat.
1 cawan air.
2 tbsp tepung jagung.
Sedikit garam.
1 helai daun pandan.

Cara:
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali.Masak dengan api sederhana hingga pekat.Tuangkan keatas adunan pertama tadi.Lakukan sehingga habis.Aturkan dalam lbekas yang sesuai dan kukus hingga masak.Akhir sekali buka penutup pengukus dan biarkan diatas api selama 5-10 minit.Siap untuk dihidangkan.


8 comments:

  1. kalo ayu buat guna bekas plastik jer akak sbb sini x der daun pisang nk beli rasa x berbaloi...x penting case lawa ker tak janji rasa malatop gitew....ai suker ni...

    ReplyDelete
  2. Tepung pelita favorite sue tu...tp tak pernah buat sendiri pun...Ngeeeee...

    ReplyDelete
  3. tepung pelita ni memang kuih peberet bulan puasa....
    sedapnya tengok.....
    kak nor...cantik dah tu bekas tu..

    ReplyDelete
  4. tahniah nor kejayaan yg cemerlang...selapis pun nmpk kukuh jer..ilah minta izin masuk dlm dapo ilah utk kredit..yaaa..muahh

    ReplyDelete
  5. wah "pelita" dah nyala dah kat dapur nor.hehe.Semalam akak masak tepung pelita lagi:)

    ReplyDelete
  6. Comel k nor comel. Nmpk mcm sweet 30 gitu. Hahaha.. Nyampassss.. Klu akak yg btangn seni tu, sah2 elok je kejadiannya kak. Tpi praktis mke perfect n beautiful for everr.. Hihi

    ReplyDelete
  7. Salam kak, ha ar semalam outing tp tu pun kuar lepas asar tak sanggup nak kuar awal2 takut semua fitam wakakaka.... aduhhhhhh ni yg terasa nak main2 pelita jugak niiii tgk dlmnyer tuuu haish" daun pisang kita dah nak abis, besar tu besar daunyer tp dia dah terkoyak koyak payah nak dptkan size yg besar tuk bat umah dia tuuu :D

    ReplyDelete
  8. alamak saya mendahului sifu. Saya dah buat minggu lepas.pada mulanya bercinta la nak buat sarang dia.pastu lama2 senang plak.saya guna 2 lapis daun pisang.memang kukuh.sedap jer rasanya. saya ambil dari blog kawan saya.mungkin kawan saya ambil dr cik manggis kot.sbb sama jer resepinya.puas ati masak,sebab boleh dpt banyak.boleh kongsi dgn saudara-mara.

    p/s: puasa xbyk outstation tu sedap jer main masak2.suami pun suka.pelbagai variasi masakan. LOOmot

    ReplyDelete