f Secubit Garam: AYAM MASAK KARI KERING

N3 Terkini

Thursday, August 18, 2011

AYAM MASAK KARI KERING

ASSALAMUALAIKUM..

Menu berbuka semlama, Ayam Masak Kari Kering. Bukan main seronok anak2 makan masa berbuka semalam dgn menu pebret dia org ni, siap meratah ayam lagi. Dah agak lama tak buat masakan ayam ni. Ni pun  si anak dara ada sound beberapa hari lepas nak makan Ayam Masak Kari Kering. K.Nor cuma masak menu ni dgn sayur kobis goreng, tu jer yg sempat disediakan semalam dek kepenatan duk mengukis. 

Jom la layan mata dgn Ayam Masak Kari Kering ya..


AYAM MASAK KARI KERING
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 - 2 biji ubi kentang ~ dipotong

Goreng ubi kentang 1/2 masak ~ angkat dan toskan.
Kemudian goreng ayam 1/2 masak ~ biar lembut jer, tak perlu sampai garing.
Angkat dan toskan.
~~~~~~~~~~~
Bahan2 lain:
7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
jus asam jawa
garam
gula ~ jika suka

Cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ubi kentang, sos tiram, baki air, jus asam jawa, garam dan gula.
Kacau2 dan masukkan ayam.
Masak hingga ayam masak dan juga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.

8 comments:

  1. Wahhh Kak.... meleleh ayaq lioq tgk.... Duk terbayang... ni mesti sdap mkn ngan ketupat ni kan kak.... uiishhhh sabor.... sabor.... puasa.... tak raya lagi ni....

    ReplyDelete
  2. tun xpenah lagi wat kari kering mcm nih.. nmpk sedap.

    ReplyDelete
  3. Datang terliur kat sini lagi kak!!! :D

    My favourite chicken!!! ;)

    ReplyDelete
  4. aaa la kak nor memang nampak pon dah sedap..rasa kompom bes kan..:)

    ReplyDelete
  5. macam dah lama tak makan kari..takpe,raya nanti kompom ado.hihih..nmpk sodap amat tuh kakk

    ReplyDelete
  6. mak i pon penah masak gini tapi panggil menu AYAM VANGGEY
    hentah kenapa gitu nama nyer...

    ReplyDelete
  7. iza >> sedap ni iza.. try la :)

    tun >> cicah dgn roti arab pun best tun :)

    love >> mmg chicken lover love ni :)

    teratai >> dah cuba kan :)

    siti >> alhamdulillah.. mmg sedap siti.. apa kata siti cuba masak ni :)

    sue >> aik.. raya buat kari ya.. makan dgn apa tu sue?

    eliyaezlinalias >> owhh yer ke.. k.nor tak tau pulak gini.. ni resipi hasil campak2 k.nor jer :)

    ReplyDelete