ASSALAMUALAIKUM..
Ni lah menu utk berbuka hasil pakatan dgn Mek Siam semalam. Tak pastilah Ika dpt tayang atau tidak menu ni sbb katanya dia kelam kabut masak kes balik rumah lewat. Tapi yg pasti mmg dia ada masak Nasi Ayam Ipoh ni cuma tak sempat shooting jer.
NASI AYAM IPOH
resipi : Quinnie Myr
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah
Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Cara Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
Cara Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
Cara Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.




pernah buat nasi ayam ni..mmg sedap! amboi main pakat2 lak k.nor ni..lain kali ajak sekali..! :)
ReplyDeleteSalam kak! dah sampai punnn :D tu tu kat dapo kuali tgh panas hihihi sempat lagi nak ngendap rumah org :D selamat berbuka ya kak! alaaaaaaaa... nyesal mmg tak ambik guna aiponnnn! kalau tak leh tyg menu yg sama :D eh? ada belen ayam seketul jugak tu dlm sebok kikiki..sambal mmg byk!
ReplyDeleteadoi sedapnya...org kat sini boleh tgk jer la :)
ReplyDeletesalam kaknor....ada lagi satu bahan saya lupa tulis rupanya...hahhahaha...dah berkurun hantar resepi ni kat myr saya memang tak perasan...semalam saya check2 balik...rupanya kat sos kicap tu...saya lupa letak sos tiram...ngeee...sorry la ye....saya dah edit dah kat semua resepi saya....aduhhhh....
ReplyDeletenak try gak resepi nasi ayam ni....
ReplyDeletesedappnya tengokkk......
Emmm..tengok ja la...Teringin nak mkn..tp blum sampai masanya lagi..hehehehee...Nanti2 nak masak skodeng dapur akak lg...
ReplyDeletewah....sedapnya nasi ayam Ipoh, ada lagi tak Kak Nor, naklah juga barang semulut....ngencessss
ReplyDeletesedap nasi ayam ipoh .. dulu ada makan kat ipoh ..ihihihihi nak try buat gak la
ReplyDeletepia >> uhh kata tak makan nasi berbuka tu yg tak ajak :)
ReplyDeleteika >> tu la biasanya kan ika snap guna aipon jer terus upload ke fb kan..
ehh goreng ayam goreng nyonya ke? hehe
nonie >> kalau nonie nak buat boleh tp limitkan nasi dan lebihkan sayur dan boleh gak bakar ayam tu utk kurangkan kalori.. try la
Q >> lorrr dah berzaman org duk try resipi ni Q, baru perasan ek.. hehehe tak letak sos tiram pun dah cukup sedap.. takper la nanti k.nor edit ya..
mas >> mmg sedap mas, nasi tu harum jer.. sos kicap mmg superb! try la ya..
ReplyDeletesue >> okey no problemo :)
amie >> mana ada lagi amie.. ni menu smlm la.. amie kena godek sendiri, insyaallah puas hati dgn hasilnya.. :)
ita >> jom try ita.. lepas try nasi ni mesti tak nak buat versi lain dah.. ehhee
Assalamualaikum akak..
ReplyDeletex perna lagi buat... nampak sedap sgt tu... teringinnya nak merasa... tapi apakan daya... huhuuu... x per2... tunggu lepas cuti nnt boleh buat.. tp punya ler lama tu lg.. huhuuuu...
mesti buat satu hari nanti....dh lama simpan resepi dari dapur quinnie, sedap ye kak
ReplyDeletesemalam kita buka ngan nasi ayam gak..tapi hotel nye...oklaa...yg ni nampak menyelerakan la kak...
ReplyDeletediana >> agaknya lepas raya ni bertambah panjang la list diana kan :)
ReplyDeleteida >> try la ida.. alhamdulillah sedap.. nasi tu wangi jer..
nazrah >> ooo berbuka kat hotel ya... seronok tu.. :)
kak noorr.. aumm cakk..
ReplyDeletesaya suke kicap nasi ayam ipoh ni. slalu buat style ni kalau bat nasi ayam.. bestkan kak nim...kikiki.. silap lak, kak noorrr
bestnya nasi ayam ipoh ni... ptg ni harus buat laaa... tq k.nor bg idea
ReplyDeleteizah >> haahh.. main aum cakk lagi kan dah tersyasyul tu...
ReplyDeletek.nor pun suka sambal kicap tu izah.. kalau buat nasi ayam stail biasa2 pun k.nor buat gak sambal kicap tu hehe
gee >> try la gee.. mmg sdp :)
sedap2 baru je masak ni
ReplyDelete