f Secubit Garam: LALA MASAK SERAI

N3 Terkini

Sunday, August 21, 2011

LALA MASAK SERAI

ASSALAMUALAIKUM..

Kita short2 talk jer arini ya... Banyak benda tak abis settle lagi ni.. Nak pot pet panjang2 pun rasanya idea pun tak ada.. 


Jom layan menu kesukaan anak2 ni, LALA MASAK SERAI. Cara masak yg amat simple, bahan2 pun tak cerewet, insyaallah rasanya pun sedap.. Kalau bg yg suka pedas2 tu, lebihkan cili padi yg dipotong tu ya..

LALA MASAK SERAI
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. 
Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. 
Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. 
Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.





6 comments:

  1. kak nor.. saya kan.. tak pernah masak lala. pastu kan, nak basuh dia canner?basuh gitu je ye..

    tapi suke je layan lala ni. pulak masak pedas ada sos sikit tu.yg ni tak pernah lak rasa. nanti nak try beli lala kat gergasi depan rumah tu la.. ececehh ayaaattt.. hahaa

    ReplyDelete
  2. tengok lala kak nor ni...
    baru mas teringat dah lama mas tak makan lala..
    sedapppnyaa....

    ReplyDelete
  3. lala ni kat umah ayu jer yg mkn heroes kat minat tapy ayu selalu gak but selalu masak lemak ngee...copy le try nanty

    ReplyDelete
  4. Salam kakNor..

    Kita dah cuba resepi choc. chips akak tau. Rangup dan sedap. Tima kasih yer kongsi resepi yg yummy2 selalu...

    ReplyDelete
  5. Sedap nya lama tak beli siput lala.

    ReplyDelete
  6. along n angah pasti gembira tengok resipi ni...paling suka makan!

    ReplyDelete