f Secubit Garam: AYAM PANGANG SERAI

Thursday, August 4, 2011

AYAM PANGANG SERAI

ASSALAMUALAIKUM...

Kebiasaanya kalau buat ayam panggang mesti panggang dlm bentuk ayam di potong 4 atau potong 2. Tapi kali ni terrrrrrr potong kecik2 la pulak. Asalnya plan nak buat lauk lain, dah siap salin menu2 tu. Tup2 bila masuk opis terpandang labu air yg K.Nor beli Sabtu lepas, duk melepak jer. Last2 buat u-turn, tak jadi buat menu yg diplan, tukar ke menu lain pulak. Tu yg Ayam Panggang Serai K.Nor dlm saiz kecik2 jer hehe.. 


Kalau selalunya bila buat Sayur Pedas Labu Air K.Nor buat ayam goreng berempah jer tp smlm rasa nak tukar selera sket. K.Nor buat Ayam Panggang Serai, resipi Hana yg dah pernah buat 2x dulu kalau tak silap. Memang suka dgn rasa Ayam Panggang Serai ni tambah lagi smlm yg K.Nor buat tu K.Nor tambah sket bahan2 lain. Lagi la bertambah kesedapan ayam panggang yg dibuat.


RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
By: hanamemories.blogspot.com
Sumber: SecubitGaramNor67


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
garam sedikit
lemon
butter - potong kecil @ minyak zaitun
kentang, carrot, bawang besar - potong empat
1 sudu besar sos tiram ~ k.nor tambah
2 sudu besar sos cili ~ k.nor tambah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit ~ k.nor tambah
cajun 

Cara-cara
Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

* cajun ditabur atas ayam yg siap diletakkan dlm mankuk kaca tahan panas sebelum proses memangggang dilakukan.