f Secubit Garam: AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI

N3 Terkini

Wednesday, August 10, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi versi ayam goreng berempah yg sedap dan boleh dibuat lagi lepas ni insyaallah.. Resipi dari Dayang Jack, mintak izin ya Dayang, nak kopipes kat sini.. Fenat ni.. tak leh nak pot pet banyak2..


AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya
perahan jus limau nipis ~ k.nor tambah

Bahan-bahan kisar :
6 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Lauk yg digandingkan dgn Ayam Goreng Berempah Beriani semalam, Asam Pedas Ikan Pari.



17 comments:

  1. kak nor,tengok ikan pedas ikan pari tu terus kecur liur..manalah nak cari ikan pari petang2 ni huhu..baru tdpun tgk kawan tayang ikan masak asam pedas..mmg dah tak tahan keinginan dah ni kak...

    ReplyDelete
  2. assalam kaknor//tergoda tgk ayam berempah beriani tu.suma bahan dah ada, nnt nak cuba gaklah

    selamat berbuka puasa ya kak nor

    ReplyDelete
  3. Nak cuba raya nanti kt kampung!=)

    Selamat ifthar k.nor..

    ReplyDelete
  4. kak Nor, dyg br jer perap ayam ni utk sahur nanti. cam sehati sejiwa seselera kte ari ni kan kak...heheh

    mekasih byk2 sudi mencube resepi ni...mmmuahh!

    ReplyDelete
  5. memang sesuai tuk berbuka puasa ni...

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum kak Nor..
    Kak, asam pedas ikan pari mmg kegemaran Naz dari dulu dan selamanya..hehehe.. Bnyk2 ikan yg dibuat lauk asam pedas, naz lebih suka ikan pari..
    Ayam goreng berempah beriani tu mesti best kan.. Bagus juga idea ni. Rempah beriani Naz pun ada bnyk lagi..

    ReplyDelete
  7. Kak Nor pun suka goreng ayam berempah cajun kan, antara cajun & rempah briani,kakak rasa mana lebih sedap, guna cajun atau rempah briani?

    ReplyDelete
  8. sedapnya ayam goreng berempah tu.. suka la tapi yang letak beriani lum cuba .. leh try nanti

    ReplyDelete
  9. ayam goreng letak rempah beriani lum try lagi.....kalau buh serbuk kari tu dh biasa...mesti sedap ni, nmpk ayam k'nor tu sedap sgt....kt sini ada jual rempah beriani pakistan, rempah tu sedap sgt...bila2 bole buat ni

    ReplyDelete
  10. salam kak nor, nmpak sdap jer ayam ni,Liza pun xpernah try lagi ni, biasa buat letak rempah kari jer..nk try jugak laa

    ReplyDelete
  11. Salam Nor...
    Ayam tak mo...nak asam pedas ikan pari...lama tak msk semenjak pose!

    ReplyDelete
  12. pagi kak nor...dtg lps sahur ni... :)

    dua2 juadah ni mmg sedap...asam pedas ikan pari tu mmg peberet sepanjang zaman..heee...tp ayam grg berempah beriani tu x penah try lagi....nampak sedap tu kak...klu mkn dgn nasi beriani mesti lagik ngam kan....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum akak...
    tgk ayam tu sungguh menyelerakan sekali ler akak... tambah lg ada ikan pari tu.. memang sedaap....

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum...

    suri >> tak ada ikan pari buat ikan lain tak per gak kan.. ayam pun boleh :)

    lina >> slmt mencuba lina dn slmt berpuasa gak ya..

    wan >> wahhh lama lg plan tu.. hehe

    dayang >> kalau perap lagi lama lg la best kan dayang :)

    ReplyDelete
  15. naz >> alhamdulillah.. mmg sesuai :)

    naz >> betul la naz.. mmg ikan pari the best kalau buat asam pedas tp setengah org suka ikan parang kan..

    amie >> dua2 sedap.. dan dua2 ada keistimewaannya.. try la amie buat dua2 ya.. rasakan perbezaannya

    ita >> slmt mencuba ita

    ReplyDelete
  16. ida >> lepas ni kena try letak rempah tandori.. ada dah resipi ayam goreng tandori dlm label tu.. try la..sedap gak tau..

    liza >> try la liza.. ada kelainan bila letak rempah beriani dan campur dgn rempah kari ni..

    mama hawa >> dah abis la ma.. nanti ma gi cari ikan pari dan masak asam pedas ya.. :)

    ReplyDelete
  17. lia >> boleh aje lia.. sedap gak tu..

    diana >> alhamdulillah.. menu simple tp menyelerakan.. :)

    ReplyDelete