f Secubit Garam: SUP TELUR SIMPLE

N3 Terkini

Sunday, August 7, 2011

SUP TELUR SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM....

Seronok pulak buat entri bisu ^____^


SUP TELUR SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
2 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 liter air
1/2 batang celery ~ dihiris nipis
1/2 batang carrot ~ disagat panjang
1 biji telur  ~ dikocok
1 bj bawang besar ~ dipotong baji
1 bj cili hijau ~ dihiris
1/2 kiub pati ayam
garam dan gula
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk lada hitam (lebih sedap jika yg baru ditumbuk).
Masukkan pula air dan batang celery, masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan carrot, bawang besar, cili hijau dan kiub pati ayam.
Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
Bila kuah kembali mendidih, masukkan telur sambil sebelah tangan lagi mengacau kuah dgn senduk (kacau dlm satu arah). Hendaklah sentiasa mengacau supaya telur tidak berketul.
Biarkan mendidih sekejap dan padamkan api.
Hidangkan panas2.


3 comments:

  1. kak nor...
    modal nak bercerita dah banyak tu..
    hmm..sup tu..
    sedappnya tengokk..

    ReplyDelete
  2. Kak Nor siap masak dah..huhhuhu..sue belum masak lagi ni...masih skodeng dapur org carik idea..ngeee.

    ReplyDelete
  3. mas >> rasa nak teruskan entri bisu la mas.. senang! tak yah perah otak nak ngarang :)

    sup simple jer ni mas, utk nasi yg bakal keluar n3 nya nanti :)

    sue >> alahai sue.. akak belum lg masak, ni lauk berbuka semalam la.. :)

    ReplyDelete