f Secubit Garam: AIR ASAM MABELES

N3 Terkini

Tuesday, August 2, 2011

AIR ASAM MABELES


ASSALAMUALAIKUM..

Dah banyak Air Asam yg K.Nor cuba dan rasanya Air Asam ni yg paling sedap! Ada kelainan pada rasanya bila dicampur dgn sos ikan. Kalau ikutkan resipi perlu letak belacan tp sbb K.Nor tak makan belacan jd K.Nor skip jer la part belacan tu. Kalau letak semestinya lagi umphhh! Yang tak letak ni pun dah sangat sedap kalau letak insyaallah lagi lagi dan lagi sedap kan Mek Jah.. hehe


Resipi ni K.Nor amik kat rumah nun di Siam masa dia tayang Nasi Daging dia baru2 ni. Kalau pekena dgn Nasi Daging insyallah sangat la sedap kan Jah. Boleh bertambah2 nasi yg dimakan. Meh kita tengok resipi Air Asam sedap ni..



AIR ASAM
resipi : Ika@Arah

Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat


Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. 
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.




10 comments:

  1. mas baru nak komen salad bawah nun...
    dah kluar air asam...
    perhhhhhh...menyengattt....
    sedapp tu..

    ReplyDelete
  2. Salam kak! kaler air asam akak cantek! akak guna sos apa? kita cili life dgn tomato siam :D nasiiii cepatttttt!!!!!!!!!!!! ahahahaha...

    ReplyDelete
  3. Eh? lupa nak komen, kita suke tulisan yg akak gunakan skrg nii berbanding yg dulu tu besor2 hihihi... nak copy pun sennag tak yah adjust2 :P

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    mas >> try la air asam mek jah ni insyaallah sedap!

    ika >> utk sos cili guna cap kipas udang, yg sos tomato biasanya k.nor guna yg sama gak..

    dulu silap buat.. pastu tak perasan besor2 bila org copy.. skrg ni edit siap2 masa buat template baru aritu :)

    ReplyDelete
  5. Emmmm...tgk bahannya je pun tau dah mesti mabeles...amik resepi dulu...:)

    ReplyDelete
  6. Kak nor promote baik punya. Kena cuba ni.

    ReplyDelete
  7. Saya nak share cara saya kat sini boleh? Bahan2 lebihkurang macam yg K.Nor bagi ni cuma takde sos ikan. Apa yg saya buat, saya lenyek dgn tangan je semua bahan tu except cili api. Cili api saya ketuk dgn lesung pastu sebatikan dalam bahan2 yg kena lenyek tu dgn sudu. Nk guna tangan buleh jugak, tapi pijar tangan tu tanggung sindiri.
    Letak sos ikan sure lagi best ni...eh mcm MyVi pulak!

    ReplyDelete
  8. k.cek >> silakan :)

    sam >> mmg kena promote sbb betul2 sedap :)

    umimans >> owhh tak guna blender la ya.. ok gak tu.. apakata cuba letak sos ikan cam dlm resipi ni mesti lg sedap :)

    ReplyDelete
  9. kak nor......adik numpan copy pes....:)

    ReplyDelete
  10. salam, akak mn nk dpt sos ikan..? dh cari kt pasaraya suma meragukan.. bole bg brand apa dan bole dpt di mana? TQ akak

    -faezah-

    ReplyDelete