f Secubit Garam: MEE BANDUNG

N3 Terkini

Sunday, August 21, 2011

MEE BANDUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Melayan selera anak tekak yg nak suka makan mee utk berbuka puasa, jadi K.Nor buat Mee Bandung. Alhamdulillah.. kerja memasak Mee Bandung jadi mudah bila kita dah siapkan pastenya awal2 dan simpan kat freezer. Time nak masak, amik jer paste tu dan masak mengikut arahan dlm resipi seterusnya dan kejap jer dah siap Mee Bandung yg sangat enak. Dengan menggunakan resipi Mee Bandung Dagang MyResipi yg diolahkan utk memudahkan menyukat bahan dan memasak, K.Nor mmg dah stick dgn resipi Mee Bandung Dagang ni. Nak pekat, lebihkan paste dan terhasillah Mee Bandung yg enak. Sesiapa nak resipi Mee Bandung Dagang boleh tengok kat SINI ya.. Dan kat bawah ni K.Nor letak versi olahan yg K.Nor buat.. Mekasih Dagang atas perkongsian resipi yg enak itu..


MEE BANDUNG 
(diolah dr Mee Bandung Dagang MyR)
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2 utk paste:
7 sudu besar cili mesin
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
100 gm udang kering * (*diblend)
1 cawan air
1 sudu besar garam halus
2 sudu besar gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak (minyak kena lebih sket sbb udang kering nanti akan menyerap minyak)
Masukkan cili mesin dan goreng hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Kacau goreng hingga pekat dan masukkan air.
Biarkan merenih dgn api sederhana perlahan.
Bila tumisan hampir kering/pekat masukkan garam dan gula.
Masak hingga menjadi paste/pecah minyak.
Ketepikan.

Utk membuat Mee Bandung
Bahan:

1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 - 5 sudu besar paste (bergantung pd kepekatan yg diperlukan)
daging ~ dihiris nipis
udang ~ optional
air secukupnya
telur ~ bergantung pd berapa org nak makan
sawi
2 - 3 kpg tauhu ~ digoreng dan dihiris
limau kasturi/limau nipis
minyak

bahan taburan:
bawang goreng
daun sup ~ dihiris
cili merah ~ dihiris



Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan daging dan biarkan daging keluar air dan sedikit mengecut.
Masukkan paste dan kacau. Biarkan seketika supaya paste td meresap ke daging.
Masukkan air secukupnya (seeloknya guna air baru mendidih supaya kuah lebih cepat masak)
Bila kuah dah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji.
Biarkan hingga telur masak ( kalau nak separuh masak pun boleh, terpulang la..)
Angkat telur dan ketepikan.
Teruskan masak kuah dan masukkan udang, mee,dan sawi.
Masak hingga mee sedikit masak dan tidak terlalu lembik.
Hidangkan kedalam mangkuk.
Susun tauhu, limau kasturi dan tabur dgn bahan taburan
Sedia utk dinikmati...

13 comments:

  1. Emmmm..masuk list..Hehhehehee...selama ni kalo nak buat mee bandung sue beli paste dia yg siap tu ja..pastu ubahsuai nak bg sedap...Pas ni bleh la buat mcm Kak Nor...get ready paste siap2..Thank's Kak share resepi..

    ReplyDelete
  2. rasa mcm ayu buat 2 hary lepas...tapy mmg best makan mee ni ek...x kisah mee apa pow...laju jer ngee

    ReplyDelete
  3. waaa...mabelesnya... nk semangkok...

    ReplyDelete
  4. waduh...waduh! memang tercium mee bandung dari jauh ni... berangan nak buat utk buka puasa.. tapi tak terbuat-buat! tumpang semulut ye Kak Nor...

    ReplyDelete
  5. suka sangat mee bandung..tapi selalu beli pes jer...

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok mee bandung tu kak nor....
    menyelerakan betoii...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak...
    sedapnya mee bandung... suka mkn mee bandung.. nnt nak try jugak resipi akak nie lepas cuti abis.. hehehee

    ReplyDelete
  8. salam kak..
    sedapnya mee bandng..xde stok mee..guna pasta angel hair je la huu

    ReplyDelete
  9. Salam,
    K Nor bila nak cuba bangkit kacang Rima? Kalau dah cuba saya nak tanya macamana nak keluarkan adunan dari acuan, saya buat tapi bermasalah tang tu la pulak. Jealous tengok Rima punya cantik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. maaf tak perasan ada pertanyaan kat sini.. dah lama kan. maaf sekali lg sbb saya tak minat kukis tu.. apa kata tanya dia kat blog dia atau kat fb dia tip yg diperlukan..

      Delete
  10. Cili mesin tuu.. yg dlm supit tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut la.. yg dlm plastik ke dlm supit ke atau yg blend sendiri ke.. semua tu cili mesin/blend/boh

      Delete