f Secubit Garam: Lala Masak Lemak Daun Kunyit

N3 Terkini

Thursday, February 18, 2010

Lala Masak Lemak Daun Kunyit


Resipi ni lebih kurang dgn resipi Lala Masak Lemak Che'Iza, cuma ada penambahan daun kunyit dan K.Nor skip halia jer. Cuba la mana2 resipi yg berkenan di mata dan anak tekak ya.. Tq Iza, memberi idea utk masak lala hari ni


LALA MASAK LEMAK DAUN KUNYIT

1kg lala
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
5 bj cili api
2 kpg asam keping
1 helai daun kunyit ~ dicarik2kan
3 btg serai ~ diketuk
1 cawan santan fresh/pekat
1 1/2 cawan air
garam dan sedikit gula jika suka

Bersihkan lala dan toskan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
Masukkan bahan2 yg ditumbuk, asam keping, serai, santan dan air ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan masukkan lala, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
Masak sekejap lagi hingga cengkerang lala berubah warna kemerahan.
Padamkan api dan hidangkan panas2.

No comments:

Post a Comment