f Secubit Garam: Udang Goreng Sos Cili Thai

N3 Terkini

Saturday, February 27, 2010

Udang Goreng Sos Cili Thai


Hari ni nak tayang satu resipi udang yg ringkas dan sedap.. insyaallah.. Saja2 duk try masuk bahan itu dan ini, maka terhasil lah satu resipi yg simple jer. Slmt mencuba ya resipi Udang Goreng Sos Cili Thai ni..




UDANG GORENG SOS CILI THAI


300gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~~~
3 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
carrot
bunga kobis
5 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua
sedikit daun ketumbar ~ dihiris
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
sedikit garam jika perlu
minyak

Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.
Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis.
Gaul2 rata dan masukkan udang.
Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.
Kacau sekejap dan padamkan api.
Angkat dan hidangkan panas2.


5 comments:

  1. ain >> ok.. nganga mulut, akak suap ya.. :)

    ReplyDelete
  2. Hello K. Nor, I love your this udang goreng thai.
    Wow! You ada Black Belt in cooking.
    I remember eating this long ago in Thailand.....
    You sure can cook looking at your delicious udang dish.
    Most women can cook, but you create something of beauty....a work of art.
    And looking at your picture, must not makan first, must admire, then makan slowly and savour your secret recipe.

    I noticed you from Trengganu.
    Bila masak nasi dagang or ikan percik, send me telegram.
    Siap kan tiga pingan nasi, tentu lichin, ha ha. Just joking.
    Oh ya, if you cook ikan masak blimbing, or nanas asam...let me know, ha ha.
    You have a pleasant weekend and keep a song in your heart, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah & kenal Kak..

    Sedap nampak udang tu..makan ngan nasi panas2.enak!! Yat link Akak,k?

    Yat

    ReplyDelete
  4. uncle lee >> alaaa.. uncle lee, nor tak pakai tali pinggang la nak2 time cooking or baking hihihi..

    mmg peminat nasi dagang ya.. jom la dtg ganu, I'll belanja uncle lee nasi dagang, nk 5 pinggan pun boleh :)

    yat maria >> w'salam yat.. mmg sedap, ratah aje laaaaagi sedap :)

    tq ya sudi link kan rumah ni.. nanti k.nor g rumah yat dan link kan gak ya..

    ReplyDelete