f Secubit Garam: Kailan Sos Tiram

N3 Terkini

Wednesday, February 17, 2010

Kailan Sos Tiram

Lagi satu resipi yg main campak2 jer. K.Nor tak refer mana2 resipi, tak cedok situ sini pun. Masa nak goreng kailan ni terfikir nak goreng dgn sos tiram jer sbb tak rasa nak makan kailan ikan masin. Bila dah campak bawang putih yg dicincang, masukkan sos tiram pastu baru terasa nk masukkan sos cili thai. Bila dah dihidangkan, rasa sedap la pulak. Bila tanya kat cik abg dia pun cakap sedap. Pass la tu... :) Sapa2 nak cuba silakan.. Simple sgt2 cara masak kailan nih..



KAILAN SOS TIRAM

3 - 4 pokok kailan ~ dibersihkan dan dipotong
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili thai
sedikit serbuk pati ayam
1bj cili merah ~ dihiris
air
minyak

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
Tumis hingga bawang bertukar menjadi perang/wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan sos cili thai.
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air.
Masukkan pula batang kailan dan serbuk pati ayam.
Kacau2 dan masukkan bahagian daun kailan dan cili merah.
Kacau2 sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.

2 comments:

  1. This is my hubby's fav! Sll buat, mmg tak sempat nak snap pics...coz dia suka makan panas2! hehehe ;) Nak yang ni jugak kak! hehehe..satu set ngan ayam!

    ReplyDelete
  2. love >> yer ke! sama citarasa pulak ya.. :) ok2 lets eat ya..

    ReplyDelete