f Secubit Garam: Daging Blackpepper

N3 Terkini

Thursday, February 11, 2010

Daging Blackpepper


Lauk yg menjadi kegemaran K.Nor sekeluarga terutamanya anak2. Kebetulan Naim balik cuti dr asrama smlm, jd K.Nor masaklah lauk kegemaran dia ni. Semalam dah masak Ayam Merah Madu, tu pun lauk pebret dia gak. Yer la kan, bila anak balik sesekali ni mesti rasa nak bg makan apa yg dia suka. Along tak jeles kan.. Along dah pandai buat sendiri lauk ni kan.. Ok, lepas ni g cari daging batang pinang ya...




Daging Black Pepper

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula
  • minyak utk menggoreng
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

## Kalau nak guna daging biasa pun boleh, hiris nipis2 dan rebus dgn sedikit air sehingga daging tu empuk. Pastu skip aje la step no 3.

7 comments:

  1. aduhaiii meleleh air liur tgk gambo.....kena cecepat bikin gak nih

    ReplyDelete
  2. ni fav ikram ni, selalunya klu sy buat, sy guna readymade blackpepper sos je.hehe

    ReplyDelete
  3. daging batang pinang dengan daging batang kelapa. mana lebih lembut kak? he he he...jangan mareee..

    ReplyDelete
  4. abbot >> ish3.. lap tuh.. org tengok kang :)

    ain >> try la sekali yg ni ain.. insyaallah sedap

    gerau >> hahhaahhaha camana la nk marah.. gelak dulu baca ayat gerau nih.. nanti la ya, akak g pasar tanya penjual daging, yg mana satu daging batang kelapa.. hihihi

    ReplyDelete
  5. dah try..mmg sedap..lela letal lada hitam byk2, pastu tambah halia sikit..sesuai utk makcik yg dlm pantang ni :)

    ReplyDelete
  6. fuzidss >> mmg menu pebret anak2 ni .. try la buat.. mudah2n kena dgn selera ya

    lela >> sorang lg buat menu dlm pantang.. aritu k.ina jepun pun buat gak :)

    ReplyDelete