
Resipi ni dihasilkan bila K.Nor duk menyelongkar dapur K.Liza (Daging Masak Hitam) dan Ummi Kuantan (Daging Tempra ~ resipi asal Mat Gebu). K.Nor gabungkan kedua resipi tu dan tambah kat mana2 sesedap rasa, akhirnya terhasil lah Daging Hitam Manis Berempah. Tq untuk K.Liza, Ummi dan Mat kerana memberi idea utk Nor hasilkan resipi yg sedap ni. Dah ditanya qualiti kontrol td, camna rasa masakan daging ni. Dia tak cakap banyak, cuma angkat ibu jari jer.. hehe faham2 aje la ya..

DAGING HITAM MANIS BEREMPAH
300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan
bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
~~~~~~~~~
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
minyak
~~~~~~~~~
bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis
Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2.
Salam Kak Nor..
ReplyDeleteNampak sedap ni
salam nor..cikmanggis datang ni..nak rembat daging hitam manis...hitam manis cam cikmanggis hihi
ReplyDeleteSedap...main campak2 pun menarik...TQ Nor!
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletenampak sodap la..
boleh kakliza tempah untuk kenduri..
masakk daging jer..
nasi dan lain2 tu biar caterer buat..
amacam..
aci takkk....
Kite yg tgk nih pun dah angkat ibu jari! Kuah ngan nasik panas sodap nih..
ReplyDeletetengok gambar je dh terliur, kalau dapat semangkuk, bestnyaaaaaa!!!!!
ReplyDeletesalam akak...
ReplyDeletelama tak mkn masakan niii...soodaapp tuuu...
siap kak liza nak tempah...^_^
**kalu sudi amik kad kat 'umah' liza**
emm...memang nampak sedap...kalau dapat rasa lagilah sedapppp....
ReplyDeletesalam kak nor,
ReplyDeletewah...yang berempah ni mesti sedap! bole try nanti nih. :)
w'salam semua...
ReplyDeletenenie >> cuba la nenie, baru tau sedap ke tidak :)
CManggis >> tampuk manggis jer hitam tp CManggis tak hitam pun... :)
watie >> ur welcome
k.liza >> wahhh... begitu berbesar hati nor dgn pelawaan k.liza, sorang sifu nih..
ermmm tak aci resanya sbb nor nk g kenduri k.liza nak rasa air tangan k.liza laa... hihi..
sue >> anak2 k.nor pun cakap sedap nih..
ain >> aik.. semangkuk tak leh bg, 2 kpg boleh ^___^
liza >> alaa k.liza gurau2 jer tu .. kan k.liza kan.. hehe
opss lupa la nk g angkut kad tu, esok la ya liza.. insyaallah..
ima >> ermmm nak bg rasa pun dah abis, apakata ima try buat pastu rasa la ya... :)
nurindah >> slmt mencuba ya nur..
ingatkan nor nak bina kabin berukuran beberapa inci! rupa2nya masak ayam.....! blur2 skit...
ReplyDeleteita >> mmg betul2 blur la ni ek.. silap komen kat n3 lain hehe..
ReplyDelete