f Secubit Garam: Puding Cendol

N3 Terkini

Saturday, February 13, 2010

Puding Cendol

Salam buat semua.. ada org ke ni? Nampak cam sunyi sepi jer rumah K.Nor hari ni. Yer la kan, masing2 sibuk bercuti sempena Tahun Baru Cina. Erm... K.Nor aje yg tak bercuti ya.. Malah makin bz lagi.. Sampaikan dah malam baru sempat masukkan n3 utk hari ni. Tak yah citer la kan, apa yg di bzkan dr pagi. Cuma nak tayang dessert yg K.Nor buat petang tadi.

Lepas jer solat Zuhur sampai la masuk waktu Asar baru la siap sepenuhnya. Dengan sink siap di'clear'kan. Bukan sikit buat puding hari ni. Untuk puding cendol aje , 2 adunan, manakala utk puding pelangi 4 adunan. Ni semua bukan utk K.Nor melantak sekeluarga tau.. tp utk majlis pertunangan anak saudara K.Nor esok (anak abg yg bakal bertunang dgn org Johor) ermmm... tak lama lg bakal berjalan jauh ke selatan la K.Nor sekeluarga.. insyaallah..

Ok.. kita layan gambar2 puding yg K.Nor buat hari ni..


Tak cun kan, sbb lapisan tak balance. Sebenarnya ni lebihan dr 2 adunan puding cendol tu. Lepas dah diletakkan dlm 2 bekas plastik, ada lebihan sket. So K.Nor letak la dlm bekas lain. Boleh la anak2 dan suami K.Nor makan kat rumah ni. Dia org mmg suka dgn puding ni. Kang kalau beri semua, kesian pulak dia org tak leh makan puas2 kat majlis tu nanti. So makan yg lebihan gini pun ok gak kan..Tak per la tak balance pun... :)


Ni dia puding2 yg bakal dihidangkan pada majlis pertunangan tu esok. Ala... buat yg simple2 jer.. Mana la pandai K.Nor nak buat yg hebat2, cukup la tu kan.. (Puding Pelangi by Alma mmg tak leh miss hehe) Mudah2an majlis pertunangan tu akan berjalan dgn lancar dan diberkati Allah.. amiiin...


Nak resipi? Meh K.Nor letak resipi ya.. Hehehehe... bukan resipi K.Nor la.. Resipi Puding Cendol ni milik Ogy@Tuntung MyR yg dah lama tak dengar kabar berita. Mudah2an Ogy dan keluarga sihat walafiat hendaknya.. amiin...

Ogy, Nor mintak izin nak share resipi Puding Cendol yg sedap ni kat sini ya.. TQ


PUDING CENDOL by Ogy@Tuntung15

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam
  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit garam


  1. Bagi Lapisan Bawah
  2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  5. Bagi Lapisan Atas
  6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  9. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan dibahagian tepi loyang. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

## selalunya bila K.Nor buat puding ni, utk bahagian lapisan atas tu K.Nor akan tambah air sebanyak 100ml lagi sbb teksture asal tu agak keras sket bg K.Nor. K.Nor lebih suka teksture puding yg lebih lembut sket. Terpulang pada masing2 ya..

## utk lapisan bawah K.Nor hanya guna 1 cawan gula atau lebih kurang 12 sudu besar. Sbb K.Nor kurang suka manis2 sgt dan utk lapisan atas tu mmg kena rasa sendiri la kalau nk buat sbb jenis2 gula merah ni berbeza. Jadi tak leh nk bg tau sukatan yg tepat.

7 comments:

  1. Salam Nor. Menawan betul hasil tangan Nor ni... bukan menawan jer tapi rasa nak ngap2 ni....hehe

    ReplyDelete
  2. salam kak nor...

    comel nyeee 'kerawang' puding cendol...

    ReplyDelete
  3. KakNor! Sedapnya pudding cendol tuh..

    Everytime Love gi bakery mesti beli puding nih. Mmg suka sangat, tapi tak pernah buat sendiri.

    That means akak letak air 600ml untuk bhg atas erk..love suka baca ur tips! hihihi...

    Yang bhg bawah tuh mesti letak kuning telur ke kak???

    Haaa, byk betul soalan kan?? sorry ya!

    ReplyDelete
  4. along >> meh nor suapkan ya.. nganga mulut tau :)

    liza >> hehe liza nampak cam kerawang ya..

    love >> yep, air utk bahagian atas tu jd 600ml

    psst!! k.nor pun suka kasi tip atas apa yg k.nor dah cuba. lain kali nk buat lagi senang kan..dan boleh dijadikan panduan tuk org lain gak kan..

    yg bahagian bawah tu kalau tak nak letak telur kuning pun tak per. sbb dr report kat resipi ni di myr, ada yg tak letak dan menjadi gak puding dia org..

    love, nk bg berapa lg soalan, k.nor tak kisah. selagi k.nor boleh jawab, k.nor akan cuba jawab ok.. :)

    ReplyDelete
  5. as salam kaknor..puding akak mmg cantik laaa....dan saya da try..tapi kenapa lapisan atas n bwh x cantum?xmelekat?dia terpisah....rase n rupa da ade..tapi x melakat pulak..huhuhuh..kenapa ye k.nor?

    ReplyDelete
  6. anonymous >> sbbnya tak ikut step atau tips no 9 (Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.)

    ReplyDelete