f Secubit Garam: Opor Ayam Merah

N3 Terkini

Wednesday, February 3, 2010

Opor Ayam Merah


Meh kita makan lauk Opor Ayam Merah. First time masak lauk ni. Sedap.. tambah lak pekena dgn sayur kacang goreng dgn sotong, telur asin dan sambal tempoyak mentah. Ermmm.. sedap!!

Resipi di ambil kat rumah Ummi Kuantan tp rasanya Ummi ambil kat rumah Noreen kan.. Nampak cam rumit masakan ni tp tak la sgt, bahan2 yg sememangnya dah ada stok kat dapur


OPOR AYAM MERAH by Noreen UK
  • 1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8
  • 1 sudu makan kerisek
  • 1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus
  • 1/2 tin tomato puree
  • 2 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1/2 biji kelapa - ambil 1 - 2 cawan santan
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:-

  • 10 tangkai cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 8 hiris halia (*ummi letak 1 inci)
  • 3 hiris lengkuas (*ummi letak 1 cm)
  • 5 biji bawang merah
  1. Gaul rata ayam dengan rempah kisar, perap sebentar.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning.
  3. Masukkan ayam yang bergaul rempah, balik-balikkan sebentar.
  4. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan pula tomato puree, tomato dadu dan kerisek. Masak hingga kering.
  6. Apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak..Balikkan ayam sesekali.
  8. Bila agak pekat, tutup api. Hidangkan dengan sebarang nasi, pulut atau roti..


Sayur Kacang Goreng Dgn Sotong


Jom makan...
oopss!! terlupa nk letak sambal tempoyak mentah...


5 comments:

  1. sedapnya opor tu!! mkn ngan ns tomamto atau ns impit mesti best!!

    ReplyDelete
  2. best best... lagi2 tengok telur asin tu

    ReplyDelete
  3. berkeroncong pulak perut ni tengok hidangan yang sedap2 ni....

    ReplyDelete
  4. ain >> ain ni mmg suka benor makan lauk2 gini dgn nasi impit ya.. :)

    rasanya mmg kena gak tu lauk ni dgn nasi tomato

    fuzidds >> telur asin tu mmg penambah selera!

    lovelygift >> try la ya..

    ima >> belum makan lg ke ima :)

    ReplyDelete