f Secubit Garam: Daging Prune

N3 Terkini

Sunday, February 28, 2010

Daging Prune


Resipi Daging Prune ni K.Nor cilok kat rumah Ummi Kuantan.. Jangan marah ya Ummi.. Dan mintak izin K.Liza dan Ummi, Nor nak share kat sini pulak.. tq ya...

DAGING PRUNE by K.Liza

Bahan A:-
  • 600 gm daging (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):-

  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia


Cara Memasak:-

  1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
  5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.

2 comments:

  1. salam sejahtera kak nor, nak tanya prune mcm mana yg kak nor guna? tq


    see

    ReplyDelete
  2. see >> k.nor guna sunsweet prunes

    ReplyDelete