f Secubit Garam: Ayam Goreng Halia & Daun Kunyit

N3 Terkini

Wednesday, February 17, 2010

Ayam Goreng Halia & Daun Kunyit


Hari ni K.Nor cuba satu resipi baru, resipi Ayam Goreng Halia & Daun Kunyit. Resipi yg baru dipostkan oleh Farihafaizal kat MyResipi. Saja jer la, nak mencuba resipi2 baru nih.. Lagipun bila tengok bahan2 yg sedia ada dlm esbok dan ditambah lagi kebuntuan idea nak masak lauk apa hari ni. Setelah di ejjas situ sket sini sket (biasalah kalau dah MMMMMMMM tu dtg melawat kan.. ) pastu K.Nor tambah dgn cili api dan sedikit perahan limau nipis atas ayam yg dah siap dihidangkan tu. ermmm........ not bad rasa lauk ni. Mudah aje penyediaannya dan bahan2 pun simple jer.


Buat Farihafaizal, mintak izin ya, K.Nor nak kongsi resipi tu pulak kat sini. Kita panjang2kan ilmu ni pada org lain pulak ok.. Tq...


AYAM GORENG HALIA & DAUN KUNYIT by Farihafaizal MyR
  • 6 ketul ayam-bersihkan
  • 2 jengkal halia-hiris memanjang (K.Nor letak dlm 2in jer)
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk(K.Nor ketuk dan cincang jer)
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
  • 2 batang serai-tumbuk(yg ni K.Nor hiris halus2)
  • 1 biji tomato-potong 4
  • 1 helai daun kunyit-hiris nipis
  • Sedikit air&garam
  • Minyak utk menggoreng&menumis
  • 5 bj cili api ~ di ketuk dan potong 2(ni K.Nor tambah)
  1. Goreng kesemua ayam yg telah dibubuh garam&kunyit sehingga kekuningan&masak.Angkat &ketepikan.
  2. Panaskan kuali dgn sedikit minyak..tumis bawang putih&halia.Masukkan bawang besar juga.Masukkan garam&sedikit air.
  3. Masukkan serai&tomato..kacau seketika,masukkan kesemua daun kunyit.dan cili api. Biar seketika bolehlah ditutup api & tuangkan kuah keatas ayam yg telah digoreng.
*K.Nor perahkan sedikit jus limau atas ayam yg dah siap dihidangkan utk menambahkan lg rasa masam2 pd lauk ni.

*K.Nor rasa ada kesilapan sket pd sukatan halia yg digunakan. Kalau ikut dlm resipi, halia digunakan sebanyak 2 jengkal. Kalau 1 jengkal bermakna panjangnya dr hujung ibu jari hingga hujung jari telunjuk bila dibuka/luruskan jari2 tu. Tu yg K.Nor faham ttg ukuran jengkal la.. tak tau la kut kat tempat lain jengkal tu pendek jer. Kalau dah 2 jengkal halia.. fuhhh banyak tu.. so pandai2 la sapa2 yg nak buat tu ejjas sendiri sukatan halia tu ya.. (sori fariha andai K.Nor silap dlm hal ni ya... )

5 comments:

  1. Uish sedapnya ayam! Boleh ditry nih, tapi love mesti akan tambah cili padi! hehehe...kena pedas! klu tak mesti tak turun! hehehe ;) KakNor pun ada letak ...gimme some!!!

    ReplyDelete
  2. salam kak nor...
    wawawaaaa..ini harus dicuba ni, macam menggugat iman jee..heheheh

    ReplyDelete
  3. love >> actually k.nor mmg add in cili api kat dalam tu tp lupa nk mention hehe.. nampak tak yg kaler merah2 tu, tu cili api la.. :)

    mat gebu >> w'salam che mat, terkejut nampak che mat melepak kat sini gak.. mekasih ya sudi berkunjung.. cuba la resipi mudah dr fariha ni, tp jgn lupa tambah cili api dan perahan limau nipis utk kasi lebih ummph!! :)

    ReplyDelete
  4. ya betul tu ... menu yang tersenarai dalam HARUS mencuba

    ReplyDelete