Dah ramai yg mencuba Nasi Minyak Jus Oren by Ros@Jintanmanis ni kan.. Hari ni turn K.Nor lak. Nasi ni K.Nor gandingkan dgn Daging Prune by K.Liza dan Acar Timun.
Ros, mintak izin ya nk C&P resipi tu kat sini.. TQ
NASI MINYAK JUS OREN by Ros@Jintanmanis
Bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin
Bahan A
1/4 biji bawang besar
2ulas bawang putih, dicincang halus2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan
Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.
2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.
3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.
Nota: Kuantiti air sila ikut sukatan beras masing-masing ye, kalau nak tambah perisa pada nasi minyak ni boleh tambah 1 kiub pati ayam.


mesti tak muak wlupun mkn byk ns myk oren ni. Bertambah sedap mkn ngan daging mask prune tu!!! terliurrrr!!!!!
ReplyDeletealaaa kak..togel2 pun terliur jugak diganding lak ngan daging prune tuuu..pehh lapo lak wpun baru lepas mkn..ehe..
ReplyDeleteakak..acar yg dijemur tu akak pnh buat x..acar rampai ke apa namanyer ek..kalo ader resepi tepek ler kak..hehe
sedapnya... tengah diet tak nak nasi, macam-macam godaan datang..togel-togel pun membuka selera...
ReplyDeleteain >> yer betul!! :)
ReplyDeletesue >> tu acar rampai.. rasanya mat gebu ada resipi tu. akak pernah gak buat dulu.. mungkin resipi ni yg sue cari kut.. http://www.myresipi.com/top/detail/1946
roslaini >> tak per kalau nk makan nasi, cuba makan 1x sehari jer dgn sukatan yg sedikit dr kebiasaan..