ASSALAMUALAIKUM..
Masih fobiakah dgn warna kuning? hehe.. Sampaikan bila ada yg buat Nasi Kuning resipi K.Nor ni pun ada yg sound ya.. Sampaikan nasi yg warna kuning pun fobia.. Dah memang nasi ni warna kuning namanya pun Nasi Kuning.. alahai.. tak tau nak kata apa dah.. masing2 punya pendapat la kan.. Macam org fobia dgn warna hijau la.. Padahal masa diletakkan dlm keranda beralaskan daun pisang yg warna hijau gak tu.. Bukannya boleh dicari atau ditukar dgn daun kaler lain..ermm..... warna pun dijadikan kes.. hehee Agaknya Nasi Ketumbar ada org tak berani buat sbb kaler dia hijau kut.. hehehehhee...
Ok lah.. berbalik pada Nasi Kuning yg menjadi menu berbuka semalam. Kebetulan beli ikan aya segar kat pasar terus jer teringin nak makan Nasi Kuning. Nasi ni mmg wangi jer, dan cara penyediaannya pun mudah. Kalau nak tau kesedapan Nasi Kuning ni kena la try buat. Kalau tak nak buat lauk Gulai Ikan Aya@Tongkol boleh tukar kepada Gulai Ayam atau Gulai Daging. Tanya Lieza nun rasanya dah 5x dia posting Nasi Kuning kat blog dia.. Dah melekat betul dia dgn Nasi Kuning ni.. hehee.. Mekasih Lieza ya, tak sangka nasi yg simple gini menjadi kegemaran Lieza sekeluarga :)
Jom semak resipi.. rasa kurang rajin dah nak panjangkan pot pet nih.. ^___^
NASI KUNING
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan
garam
sedikit pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu minyak
Cara:
Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Panaskan minyak dan minyak sapi dlm periuk nasi (rice cooker)
Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan pewarna kuning.
Masukkan beras dan biarkan seketika.
Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.
Hidangkan bersama Gulai Ikan Aya, Acar Timun Mentah dan Sambal Belacan.
** K.Nor tak letak sukatan air secara tepat sbb sukatan air yg diperlukan biasanya bergantung pd jenis beras yg digunakan. Jadi letaklah lebih kurang cam masak nasi putih ya..
~~~~~ *X* ~~~~~
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak
Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)
~~~~~ *X* ~~~~~
ACAR TIMUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
2 biji timun ~ dipotong panjang
1/2 batang carrot ~ hiris panjang dan halus
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 in halia ~ dihiris panjang dan halus
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam
Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.
2 sudu besar cuka ~ tambah kalau tak cukup rasa masam
1 sudu besar gula ~ secukup rasa
1/4 sudu kecil garam
Cara:
Gaulkan kesemua bahan dlm satu bekas hingga rata.
Rasa acar, biar ada rasa masam dan manis sket.
Biarkan mesra baru la dihidangkan.
~~~~~ *X* ~~~~~
SAMBAL BELACAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
3 biji cili merah
3 -5 biji cili api (jenis panjang)
belacan sebesar ibu jari tangan ~ dibakar/goreng tanpa minyak
1/2 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi ~ diambil air
hirisan mangga muda ~ optional
Cara:
Tumbuk cili merah dan cili padi tapi jangan sampai lumat.
Masukkan belacan dan gula, tumbuk lagi.
Perahkan limau kasturi dan masukkan hirisan mangga muda.
Gaul hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.





27 comments:
Assalamualaikum akak nor cayang...
Ya Allah mengancamnya semua yg terhidang kat atas tu akak... mmg menyelerakan sungguh.... sedaaapnya.... semua ada.. lengkap gitu
kak nor....
sedappnya tengok menu2 atas tu..
buat perut mas berbunyi lagu keroncong jerk tau...
juadah brbuka yg sedap
kik3x...syyyy isu sensitip tu k.nor... apapon nasi kuning k.nor tu memang mengancam tau...ala2 nasi minyak gitu... gulai ikan tu lagi mengancam...merah menyala... hish!! sabor je laa...
Salam kak, tunggu minyak sapi kita sampai dr mesia ya :D nanti buat, klu guna butter ni ttp rasa dia lain sikit, byk betul yg nk diguna minyak sapi ni hihihi.... Kita Ada ikan tenggiri jer lahh, boleh jugak kan kan kan :D
Nor..tq nor..insyaallah menu untuk esok ni..
pasar ramadhan tak der ni Kak Nor...
k.nor,
saya tak reti masak nasi kuning. baru tahun ni belajar makan nasi kuning tu pun sebab hubby suka sangat2 makan nasi kuning. everytime balik KT, mesti singgah kat kuala ibai, makan nasi kuning kat makcik yg jual bawah payung kat tepi kedai perabut kat situ. sedap k.nor.
Salam Nor cayang. Kalau kat tempat Along, ni nama nya Nasi Minyak - selalu nya buat waktu khenduri kawen....hehehe
huwaaaa kaknor buat nasi kuning....saya dah lama salin resepi ni sejak kakcik myr duk puji masakan ni....tapi tak buat2 jugak lagi.....huhuhu....tengok gambar je la dulu nampaknya...hehehhe
assalamualaikum..
diana >> w'salam diana.. tak nak masukkan dlm list ke diana hehe
mas >> pandai perut mas mainkan lagu keroncong ya.. lagu dangdut boleh tak? hehe
saiazuan >> alhamdulillah.. mmg sedap :)
gee >> hehe tau tak per.. :)
rupa jer cam nasi minyak gee rasa dan bau lain.. try la
ika >> mmg tak sama kalau guna butter dgn guna minyak sapi.. minyak sapi lagi sedap.. wangi jer..
ok jer nak guna ikan tenggiri.. sedap gak tu :)
k.erna >> sama2 kasih kak erna.. slmt mencuba :)
nazrah >> kalau kat ganu ada rasanya tp jarang2 org buat la..
shidah >> kat area mana ya.. kat kedia makan norzila tu ke? ke jalan menghala ke ibai golf resort? kalau org ganu mmg biasa dgn nasi kuning gini berlaukkan ikan aya.. mmg sedap.
dah letak resipi tu, boleh la try masakkan utk yr hubby ya.. :)
along >> w'salam along cayang.. nasi minyak lain along, ada letak susu cair, sos tomato, halia.. nasi kuning ni rupa jer cam nasi minyak tp bau dan rasa dia lain along.. try la buat :)
Q >> makcik Q makan kat mana tu? jgn tunggu dia sound nak makan tu.. kena buat la ya.. hehe
K.nor, from KT, go towards kuala ibai. Bila nampak je sekolah SS on the left, terus ambik lane kanan skali, and buat u-turn. Kedai nasik dagang tu betul2 sebelah kedai perabut besar on the left.
wahh.. tun kalau wat gulai ikan aya tu mmg pagi2 dh masuk dapur.. lama betol nk siap tun. kene rajin betol baru blh wat. dh 2 ari x masak ni..ada majlis berbuka puasa.. tp dua2 tempat x berapa nk telan, x kene ngan selera. still x pandai makan makanan sarawak. hihi
shidah >> ooowhh area tu.. tau.. tau.. sedap ek kat situ? tak pernah makan lagi.. lain kali boleh try.. hehe
ada satu tempat nasi kuning yg paling best tau, tp biasanya org tempah la dgn dia, makcik ara from kg duyung.. nasi kuning dia mmg mabeles.. lembut, berderai jer nasi dia tu.. kuah dia sedap, lauk dia bagi pun banyak.. selalu gak dulu2 tempah nasi kuning dgn makcik ara ni..
tun >> nasib la kan duk serawak.. kena tukar tune la selera tu tun.. belajar sket2 makan makanan dia org :)
Kakkkkkkk!!!!!
kita tengah mengukis ni.
K noorr.. Saya tak pobia ngan kaler tu kak.. Lagi sukeeee ada.. Mau tak suka klu dah jadi juadah gini lagi la tak ckp bnyk. Ngaap kan ajeee.... Hihii.. Ooo nasi kunin ni mmg asal nya ganu ye kak nor.
kak nor bestnya nampak sambal belacan tu.. menariknya dapat makan sambal ni dengan nasi kuning panas pun sedap ni
sam >> smlm dah buat biskut cornflakes kan, arini biskut apa lak tu :)
izah >> cantik apa kaler kuning kan izah.. hehee.. yg penting rasa nasi tu dan geng2nya tu.. mmg sedap :)
ita >> mmg sedap ita.. apa kata ita cuba ya.. :)
thanks kak nor share resepi ni...nanti nak try la...hubby org ganu..hehehe
mama feti >> yr welcome.. kalau org ganu mesti teringin nak makan nasi kuning kan.. :)
Hehehe lambat datang... Yerlah hari weekend kan.. pi jln2....
Kak Nor... akak masa apapun sedap... tengok nasi kuning ni memaglah dah lama ter goda.... Nak tunggu samapi dapat beli ikan aya yg segar gak... tapi tang sambal belacan paling tak tahanlah kak.....
wah nasi kuning...... mmg sedap sedap sedap...nak buat juga nih....bulan puasa nih belum buat lg nih k.nor..oleh kerna pewarna kuning finish cari lak takder....letak kaler lain nanti tak rock la..
iza >> sambal belacan ni tak cukup pedas utk iza tau.. kalau utk iza mesti kena tambah lagi cili padi dlm tu :)
lieza >> ni mesti kes acapkali buat nasi kuning sampai abis pewarna kuning kan.. hehe..
mmm sy terliur tgk nasi kuning ni.... sy try buat today.... teringin sgt nak mkn.... menjadi.... boleh buat raya nanti....
coretandaridapur@emmy >> alhamdulillah.. tahniah :)
Post a Comment