f Secubit Garam: JOM MENIMBANG..

Monday, August 1, 2011

JOM MENIMBANG..

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. hari ni 1 Ramadhan, majoriti umat Islam berpuasa serentak hari ni. Semoga puasa dan ibadah kita yg lain diterima dgn baik dan mendapat keberkatan dariNya. Dah fikir menu berbuka? K.Nor pun masih duk tercari2 lagi menu berbuka hari ni. Kalau ikut selera anak tekak K.Nor semestinya nak yg ringan2, spt mee atau pasta atau kuih muih aje.. tu pun dah memadai. Tapi bila ingat anak2 terutamanya Luqman yg lebih suka makan nasi kena buat gak la nasi dan lauk2 kan. Kalau tak macamana nak dapatkan tenaga bila dah seharian berpuasa. Time sahur pun dia nak nasi gak. Kalau utk K.Nor, Cik Abg dan Aisyah tak kisah dah, sbb kita org dah biasa puasa sunat tak sahur dgn makanan berat pun. Sekadar buah kurma dan air segelas. Kalau ada roti, ngap roti jer.

Kali ni, K.Nor tak nak mengentrikan masakan. Kebetulan dtg idea pagi tadi utk buat satu entri nak mengajak teman2 blogger atau bukan blogger yg selalu berkunjung ke sini maupun yg menjadi silent reader jer selama ni. Apa kata kita pakat tengok sejauh mana kita betul2 berpuasa dan berbuka dgn cara yg berhemah. Kita timbang dulu berat kita hari ni atau kalau ada yg dah timbang semalam pun ok. Kita tengok berapa banyak kita dapat turunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan ni dan kalau ada sambutan yg menggalakkan, K.Nor akan teruskan ke seminggu lepas raya. Yer la, hari raya kan org kuat melantak.. sana sini open house. Mula la qadha makan yg sebulan. Nak tengok sejauh mana kita dapat kontrol hawa nafsu kita bila lepas raya gak nih..

Kena ingat tau, K.Nor buat ni secara suka2 jer.. Jangan pulak kita niatkan puasa kerana nak slim atau kerana nak turunkan berat badan. Pasang niat betul2, berpuasa adalah kerana Allah, kerana nak memunaikan perintah Allah dan kalau berat badan kita dapat turun dgn banyak atau sederhana semua tu adalah ganjaran atau bonus utk kita.. Alhamdulillah... bukan senang nak turunkan berat badan kan. Lepas raya nanti, apakah kita dapat kekalkan berat badan yg kita dapat ni.. atau naik mencanak ke.. hehe... Haaa... sebenarnya ada gak kes yg dalam puasa berat badan naik bukan main lagi.. ni agaknya kerana tak dapat kontrol hawa nafsu makan, tengok makanan tu nak, tengok yg ini nak.. semua borong kat pasar Ramadhan.. air pulak sekali teguk bergelas2.. tambah2 lagi air berais. Air berais ni boleh menyebabkan berat badan bertambah tau.. lagipun tak berapa elok utk kesihatan. Makin kita teguk makin rasa tak puas.. dahaga pun tak hilang mana sbb tu nak teguk lagi dan lagi. Lain kalau kita berbuka dgn air panas, insyaallah... mmg cukup segelas pastu dibilas dengan air masak jer. Jadi perut kita tak sendat dgn air dan makanan. Pastu mula lah payah nak solat tarawih kan.. hehe.. ehhh dah jauh ni.. 

Ok kita balik pd perancangan K.Nor ni.. K.Nor akan mulakan letak berat timbangan badan K.Nor dan sukacitanya diharapkan ada yg nak join sama. Kita pakat tengok macamana progres berat badan kita sepanjang Ramadhan dan awal Syawal. Insyaallah, K.Nor akan cuba update pada tiap2 minggu. 

Pinjam gambar dr pck google.. tq ya.. :)




JOM MENIMBANG....

1 Ramadhan :
 K.Nor : 59.5kg
 Teratai : 53kg
 K.Erna : 66 kg
 Jiejah :  65 kg
 Sha : 57 kg
 Mas : 56 kg
 Ilah JY : 64 kg
 SitiZahim : 48 kg
 Azlita : 54 kg
 Wani : 53 kg
 MamaRaisya a.k.a Lisa : 49 kg
 Suha : 83 kg
 Nonierahman : 93 kg
 Izah : 60 kg

Jutaan terima kasih buat yg sudi join..All the best!