f Secubit Garam: segmen
Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Monday, September 12, 2011

.. & THE WINNER IS........

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah.. Kita dah ada pemenang bagi segmen JOM MENIMBANG yg dah diadakan bermula pada awal Ramadhan 1432 baru2 ni. Masa mula2 buat tu tak sangka akan mendapat sambutan yg agak menggalakkan dr teman2 blogger. Maaf la ya kerana mengambil lebih masa utk hasilkan satu entri khas utk mengumumkan pemenang bagi segmen ni. Kebetulan ada beberapa org peserta yg lambat bagi result timbangan akhir dan kebetulan juga jatuh pada hujung minggu jadi K.Nor tangguh sket la utk post entri ni.  Biasalah.. kalau hujung minggu blog agak suram jadi kena tunggu Monday jugak baru boleh post entri ni. Kita tengok balik carta berat setiap peserta start dari awal minggu pertama hinggalah ke minggu terakhir (seminggu lepas raya).


Terima kasih K.Nor ucapkan kepada semua teman2 blogger yg sudi join segmen ni tempohari iaitu, K.Erna, Teratai, Jiejah, Sha, Mas, Ilah, Siti Zahim, Azlita, Wani, Lisa, Suha, Nonie, Izah dan Siti Naemah. Segmen yg dibuat secara suka2 dan penyertaan secara sukarela tanpa paksaan ni boleh dijadikan sebagai satu galakan utk makan secara lebih berhemah bila berbuka puasa dan terutamanya semasa beraya. Ada gak yg berat naik semula seperti mula2 (sebelum puasa) dan ada yg turun secara maintain.. Bagi org yg dah agak berumur spt K.Nor, K.Erna, Teratai dan Ilah mmg agak payah la nak turun berat badan ni disebabkan faktor usia dan juga kadar metabolisma yg dah agak liat ni. Lemak2 pun dah enjoy sakan dalam body masing2 hehee...


Bila dibuat carta begini, bolehlah kita tengok berat sapa yg paling banyak penurunannya kan.. Ada 4 org yg turun berat badan paling banyak tapi dah disebutkan dari mula2 segmen dulu K.Nor hanya nak sorang pemenang yg turun berat paling banyak sepanjang segmen ni jadi... pemenangnya adalah......



TAHNIAH buat NONIE RAHMAN yg telah berjaya mengalahkan teman2 lain dalam pengurangan berat badan sebanyak 5kg dalam segmen JOM MENIMBANG yg julung2 kali diadakan ni. Tahniah juga kepada JIEJAH yg berjaya menurunkan berat sebanyak 4.5kg (sikit jer lagi nak menyamai Nonie tu hehe) serta SHA & LISA sebanyak 3kg.. Tak lupa juga sekalung tahniah kepada semua teman2 peserta lain yg terlibat.. Kita semua adalah pemenang juga ya.. kita juga berjaya menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan baru2 ni walau tak sebanyak yg ke tiga2 org ni berjaya turunkan tau.. so jgn sedih2.. be happy.. Tanamkan azam yg lebih kuat utk terus turunkan berat badan kepada berat yg lebih ideal supaya badan kita lebih sihat.

Opss... lupa... ada satu pengumuman istimewa spt yg telah dijanjikan tempohari.. jeng.. jeng.. jengggggg.... Kepada pemenang kita kali ni iaitu Nonie, insyaallah anda akan menerima beberapa hari lagi hadiah cenderamatadari K.Nor dan juga dari sorang penaja misteri yg baik hati dan bermurah hati yg telah sudi menjadi penaja bagi segmen JOM MENIMBANG kali ni.. Memang K.Nor plan dari awal nak bagi sedikit cenderamata kepada pemenang segmen ni masa mula2 buat dulu. Kebetulan teman blogger ni pun tertarik hati sama nak jadi penaja. Alhamdulillah.. kecik tapak tangan, stadium runtuh K.Nor tadahkan.. hehehehe.. Mekasih banyak2 ya... Semoga Allah memurahkan rezeki anda sekeluarga ya..

Agak2 tahun depan nak buat lagi tak segmen ni? Eh.. nak jadi penaja lagi tak? Atau ada teman2 lain yg bermurah hati nak join sama jadi penaja? Syok gak kan... ^___^ Eh.. nak tengok hadiah ke? Mesti lah nak kan.. Hadiah dari K.Nor ni biasa2 jer tapi hadiah dari penaja yg lebih hebat tau.. Jom kita tengok :)

Hadiah dari penaja budiman :)
Yg tak seberapa ni dari tuan rumah :)
Macamana Nonie, seronok tak? hehe.. jangan lupa inbox alamat dan no hp kat fb K.Nor ya.. Hadiah dari penaja tu akan dipos direct kepada Nonie nanti, insyaallah..

Ok lah.. dah panjang lebar ni.. Sebelum mengundurkan diri, ampun maaf K.Nor minta pada semua yg terlibat jika ada yg tersinggung, tercuit rasa sepanjang segmen ni dijalankan. Yer la, ketuk2 pintu rumah, ketuk2 tingkap kat fb utk dapatkan berat timbangan mereka yg join ni. Kut2 ada yg rasa tak selesa bila dibuat gitu.. Tak dinafikan tuan rumah sendiri pun ada rasa terkilan di hati.. nak buat camnakan.. Terasa macam pemintak sedekah jer bila terpaksa berulangkali meminta2 berat timbangan org nih.. erm...takper lah.  Andai di masa akan datang, kalau nak join tu harap join dgn hati yg ikhlas ya.. K.Nor tak paksa sesiapa utk join ni masa mula2 buat dulu. Sekadar keikhlasan masing2 jer utk turut serta. Kalau rasa nak tarik diri tu, boleh cakap awal2 atau boleh tinggalkan mssg dlm inbox kat fb nun. Tak ada masalah sebenarnya kalau nak tarik diri. Kepada Ilah, Nor tak marah ya.. tak terasa pun dgn Ilah, mmg Nor faham situasi Ilah ya.. ^___^


Friday, September 9, 2011

JOM MENIMBANG ~ FINALE

ASSALAMUALAIKUM...

Akhirnya, kita dapat juga buat entri finale bagi segmen JOM MENIMBANG. Bagi yg tertinggal keretapi boleh check balik kat entri Jom Menimbang yg lepas2 ya..

Amacam semua? Berat masing2 naik balik ke lepas raya? Hehehe.. sama jer dgn tuan rumah.. Semestinya naik kan, duk pulun ngap jer time beraya. Tapi Alhamdulillah.. walaupun naik tak lah lebih dr berat sebelum puasa aritu. Bukan mudah nak turunkan berat badan, tambah lagi kalau yg dah tepu lemak2 dan metabolisma yg dah liat ni. Dapat turun 2kg sebulan dah kira satu rahmat. (nak naik bukan main mudah lagi kan.. haishhh...) 

Ok lah.. pada peserta segmen Jom Menimbang.. cepat! Gi timbang berat masing2. Penyertaan dah nak ditutup ni. Jgn lambat2 kang disqualified hehehe.. Untuk makluman peserta2 segmen, K.Nor akan umumkan siapa yg berjaya menurunkan berat badan yg paling banyak sepanjang segmen ni berjalan dan akan ada pengumuman istimewa jugak disamping tu nanti. Jadi segerakan lah beritau berat terkini (hari ni atau petang ni) masing2 .. oppsssss... jgn lupa kalau ada yg terlupa mention berat badan pada minggu ke 4 baru2, silakan nyatakan sekali berat timbangan tu ya... Sebab ramai yg tak beritau berat masing2 pada minggu tersebut (sangat2 faham, sbb ramai yg dah balik kg atau dek kebizian mengukis atau membuat persiapan raya kan.. )


JOM MENIMBANG ~ WEEK 6

credit to mr google





Saturday, September 3, 2011

JOM MENIMBANG ~ WEEK 5

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, Ramadhan dah sampai ke penghujungnya walau ada terselit rasa gembira dan sedih bercampur baur. Gembira bukan kerana nak beraya sgt, gembira sbb anak2 dapat mengerjakan ibadah puasa dgn sempurna tanpa meninggalkan satu hari pun (kecuali si anak dara tu biasa lah kan hehe). Yg sedihnya terasa cepat sgt hari berlalu dah 1 Syawal esok, terasa ingin teruskan berpuasa jer. Tak perlah.. kita teruskan dgn puasa sunat Syawal dan sunat Isnin Khamis pulak ya.. Dan sedih gak bila beraya tak cukup korum lagi ni walau ni tahun terakhir anakanda beraya di perantauan, insyaallah..

Ok lah.. tak leh nak pot pet panjang2.. kena pendek2kan aje.. Biasalah, sehari sebelum raya ni, teramat banyak kerja nak kena buat. Berbalik pd segmen Jom Menimbang yg dah masuk minggu ke 5 ni, biarlah dah ramai yg balik kampung, ramai yg bizi sakan pada hari terakhir Ramadhan ni, K.Nor masukkan jugak entri Jom  Menimbang, kut2 ada yg kelapangan utk menimbang kejap pastu masuk sini utk hantar report berat terkini. Mudah2an ada yg berkempatan lakukannya ya.. Insyaallah, minggu depan minggu last utk segmen ni, sbb nak tengok sejauh mana berat naik balik lepas raya akibat pulun sakan makanan time beraya hehe..


JOM MENIMBANG ~ WEEK 5

credit to mr google



SELAMAT HARI RAYA...

Monday, August 22, 2011

JOM MENIMBANG ~ WEEK 4

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. Dah masuk minggu ke 4 kita semua berpuasa. Dah tak lama lagi dah nak berakhir bulan Ramadhan. Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah hendaknya..

Kita teruskan segmen Jom Menimbang utk minggu ke 4 ya.. Ramai yg menunjukkan penurunan berat badan dgn baik, tahniah ya.. Utk org yg dah berumur 40an cam K.Nor ni agak liat lemak2 tu nak hilang walau dah kontrol makan. Yer la nak turun berat badan bukan hanya dgn kontrol makan tapi kena ada senaman gak. Dah bulan puasa ni macamana nak gi jogging@brisk walking. Boleh aje nak buat 2/3 round dr biasa tu tapi yg tak tahan setiap kali selesai brisk walking mesti nak teguk air. Bab penat tu tak ada masalah, dahaga tu tak tahan ler.. Tunggu lepas raya la baru boleh start balik aktiviti brisk walking ni. 

Ok K.Nor letak dulu timbangan yg Week 3 ya... Insyaallah bila dah ramai yg beritau berat masing2 K.Nor akan updatekan ya.. Mekasih bg mereka yg memberi kerjasama yg baik utk segmen ni..

JOM MENIMBANG ~ WEEK 4

credit to mr google



Tuesday, August 16, 2011

JOM MENIMBANG ~ WEEK 3

STICKY ENTRY
sila scroll down utk n3 terkini

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. dah masuk minggu ke tiga kita berpuasa ya.. Macamana, dah longgar belum pinggang seluar atau kain masing2? hehe.. ada yg makin ketat? Kalau makin ketat tandanya tak leh nak kawal nafsu makan la gitu kan.. Sepatutnya makin longgar sebab bulan puasa ni kita tak makan seharian di waktu siang. Jangan sampai time berbuka qadha makan berganda2 dah la ya.. 

Ok lah.. kita teruskan segmen kita yg dah masuk minggu ketiga, iaitu Jom Menimbang. Kepada yg nak join tengah2 jalan tu harap maaf la ya.. Kiranya cam tak adil lah pada mereka yg join awal2 lagi. Tak per.. insyaallah, andai dipanjangkan umur, K.Nor akan adakan lagi segmen ni pada bulan Ramadhan tahun depan. Mudah2an kita semua dipertemukan lagi dgn Ramadhan tahun2 mendatang utk merebut keberkatan yg Allah tawarkan sepanjang bulan Ramadhan utk hamba2Nya sekeliaan.. amin.. 

JOM MENIMBANG...

Credit to Uncle Google


** Bagi sapa2 yg nak kira BMI masing2 boleh check kat SINI atau kat SINI ya...  Tq Ayu dan Ilah :)

Related post : Jom Menimbang & Jom Menimbang Week 2

Tuesday, August 9, 2011

JOM MENIMBANG ~ WEEK 2

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamduillah.. dah masuk hari ke 8 kita semua berpuasa. Eh.. utk org pempuan ada yg amik cuti awal kan. Dah beraya awal sbb anak bulan raya dah muncul. Biasalah tu.. hehee Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik utk mengerjakan ibadah wajib dan sunat sepanjang Ramadhan ni dan semoga segala yg dilakukan akan diterima dgn baik oleh Allah.. amin...

Berbalik pd segmen (panggil segmen la ek sbb aritu Hasue yg cakap ni segmen Jom Menimbang) yg K.Nor mulakan pada 1 Ramadhan (JOM MENIMBANG) Alhamdulillah.. mendapat sambutan yg agak baik dr teman2 blogger. Seramai 14 org (termasuk tuan rumah) dah sertainya dgn memberikan berat timbangan masing2. Jadi segmen ni akan diteruskan lagi utk minggu ke 2. Dah menimbang ke semua adik2 yg join? Sila tinggalkan komen dgn berat masing2 ya.. Nanti K.Nor update kat entri ni. Semoga segmen ni memberi galakan dan semangat utk kita menurunkan berat badan masing2 di dalam bulan yg penuh berkat ni.. insyaallah... (Ingat tau, nawaitu kita berpuasa adalah Lillahi Taala dan andai dpt menurunkan berat badan semua tu adalah bonus dari Allah utk kita semua.. insyaallah.... )

JOM MENIMBANG....

Credit to Uncle Google



Jutaan terima kasih atas kerjasama yg diberikan..
Semoga kita semua akan terus kekal sihat dan cergas  ^__^




** Bagi sapa2 yg nak kira BMI masing2 boleh check kat SINI atau kat SINI ya...  Tq Ayu dan Ilah :)



Monday, August 1, 2011

JOM MENIMBANG..

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. hari ni 1 Ramadhan, majoriti umat Islam berpuasa serentak hari ni. Semoga puasa dan ibadah kita yg lain diterima dgn baik dan mendapat keberkatan dariNya. Dah fikir menu berbuka? K.Nor pun masih duk tercari2 lagi menu berbuka hari ni. Kalau ikut selera anak tekak K.Nor semestinya nak yg ringan2, spt mee atau pasta atau kuih muih aje.. tu pun dah memadai. Tapi bila ingat anak2 terutamanya Luqman yg lebih suka makan nasi kena buat gak la nasi dan lauk2 kan. Kalau tak macamana nak dapatkan tenaga bila dah seharian berpuasa. Time sahur pun dia nak nasi gak. Kalau utk K.Nor, Cik Abg dan Aisyah tak kisah dah, sbb kita org dah biasa puasa sunat tak sahur dgn makanan berat pun. Sekadar buah kurma dan air segelas. Kalau ada roti, ngap roti jer.

Kali ni, K.Nor tak nak mengentrikan masakan. Kebetulan dtg idea pagi tadi utk buat satu entri nak mengajak teman2 blogger atau bukan blogger yg selalu berkunjung ke sini maupun yg menjadi silent reader jer selama ni. Apa kata kita pakat tengok sejauh mana kita betul2 berpuasa dan berbuka dgn cara yg berhemah. Kita timbang dulu berat kita hari ni atau kalau ada yg dah timbang semalam pun ok. Kita tengok berapa banyak kita dapat turunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan ni dan kalau ada sambutan yg menggalakkan, K.Nor akan teruskan ke seminggu lepas raya. Yer la, hari raya kan org kuat melantak.. sana sini open house. Mula la qadha makan yg sebulan. Nak tengok sejauh mana kita dapat kontrol hawa nafsu kita bila lepas raya gak nih..

Kena ingat tau, K.Nor buat ni secara suka2 jer.. Jangan pulak kita niatkan puasa kerana nak slim atau kerana nak turunkan berat badan. Pasang niat betul2, berpuasa adalah kerana Allah, kerana nak memunaikan perintah Allah dan kalau berat badan kita dapat turun dgn banyak atau sederhana semua tu adalah ganjaran atau bonus utk kita.. Alhamdulillah... bukan senang nak turunkan berat badan kan. Lepas raya nanti, apakah kita dapat kekalkan berat badan yg kita dapat ni.. atau naik mencanak ke.. hehe... Haaa... sebenarnya ada gak kes yg dalam puasa berat badan naik bukan main lagi.. ni agaknya kerana tak dapat kontrol hawa nafsu makan, tengok makanan tu nak, tengok yg ini nak.. semua borong kat pasar Ramadhan.. air pulak sekali teguk bergelas2.. tambah2 lagi air berais. Air berais ni boleh menyebabkan berat badan bertambah tau.. lagipun tak berapa elok utk kesihatan. Makin kita teguk makin rasa tak puas.. dahaga pun tak hilang mana sbb tu nak teguk lagi dan lagi. Lain kalau kita berbuka dgn air panas, insyaallah... mmg cukup segelas pastu dibilas dengan air masak jer. Jadi perut kita tak sendat dgn air dan makanan. Pastu mula lah payah nak solat tarawih kan.. hehe.. ehhh dah jauh ni.. 

Ok kita balik pd perancangan K.Nor ni.. K.Nor akan mulakan letak berat timbangan badan K.Nor dan sukacitanya diharapkan ada yg nak join sama. Kita pakat tengok macamana progres berat badan kita sepanjang Ramadhan dan awal Syawal. Insyaallah, K.Nor akan cuba update pada tiap2 minggu. 

Pinjam gambar dr pck google.. tq ya.. :)




JOM MENIMBANG....

1 Ramadhan :
 K.Nor : 59.5kg
 Teratai : 53kg
 K.Erna : 66 kg
 Jiejah :  65 kg
 Sha : 57 kg
 Mas : 56 kg
 Ilah JY : 64 kg
 SitiZahim : 48 kg
 Azlita : 54 kg
 Wani : 53 kg
 MamaRaisya a.k.a Lisa : 49 kg
 Suha : 83 kg
 Nonierahman : 93 kg
 Izah : 60 kg

Jutaan terima kasih buat yg sudi join..All the best!