f Secubit Garam: PUDING BUIH

Wednesday, August 10, 2011

PUDING BUIH

ASSALAMUALAIKUM...

Lama tak buat Puding Buih, lagipun ni dessert wajib buat kalau bulan puasa. Beberapa hari lepas Luqman siap selongkar label dessert kat blog ni, semata2 nak pilih dessert kesukaan dia. Pastu tulis atas kertas dan suruh si emak buat hehe.. Ni adalah salah satu puding yg direquest, puding kesukaannya. Kuah tu kalau ada berlebihan pasti dia chop dulu utk hirup gitu aje.


Jom lah layan mata pagi ni dgn Puding Buih ni ya.. Resipi dah diedit dari resipi yg awal2 K.Nor post dulu di MyResipi dan juga yg dah dipost kat dlm blog ni. Kalau dulu resipi perlukan penggunaan agar2 bertali, kali ni K.Nor dah tukar pada agar2 serbuk dan kaedah membuatnya juga diedit selaras dgn penghasilan 2 layer atau 2 kaler puding. Terima kasih pada mereka yg mencuba resipi Puding Buih yg sememangnya milik ori K.Nor ni dan selamat mencuba bagi mereka yg baru kali pertama ingin mencubanya. Pesan penaja, utk menghasilkan puding yg betul2 cantik dan tidak mendap lapisan buih dan lapisan agar : hendaklah mulakan memukul telur bila agar2 dah tidak panas sgt lagi.. agak2 kita celupkan jari ke dalam adunan agar2 tu, tak sakit/panas sangat.. Kalau pukul telur terlalu awal, nanti bila kita bancuh adunan telur yg dah kembang dgn adunan agar, puding tu masih panas, pastu dah dituangkan dlm mould. Ni yg biasanya menyebabkan terjadinya lapisan puding yg mendap..  (penaja mana la tu ek... hihih)





PUDING BUIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 paket agar2 serbuk ~ 1pkt 10gm
1.2 liter air
6 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
4 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste/emulco ikut citarasa 

utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 4 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/4 sudu kecil garam

Cara membuat puding:
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Bila dah mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya)
Bagi yg cuma ada mixer biasa or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian jika nak buat 2 lapisan/kaler puding. Masukkan pewarna dan paste yg disukai dan kacau hingga sebati.
Basahkan acuan dgn air biasa dan tuangkan adunan pertama dan biarkan mengeras sedikit dibahagian atas.
Kemudian tuangkan lapisan seterusnya dgn perlahan2 ditepi bahagian mould (seeloknya tuang atas belakang sudu/senduk) supaya adunan tak jerlus kedalam lapisan sebelumnya.
Bila puding dah tak panas lagi, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Cara membuah kuah:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Sedap dimakan masa sejuk.