ASSALAMUALAIKUM..
Kalau nak buat open house ke atau jamuan makan2 kat rumah ke.. sangat2 disyorkan buat dessert ni. Selain dari mudah disediakan, rasanya sangat la enak tambah lagi kalau dihidangkan sejuk. Ni adalah dessert kegemaran suami dan anak2 K.Nor. Along baru jer buat sendiri kat Jordan nun, memang senang sangat katanya.
Dessert ni dah acapkali K.Nor buat. Tiap kali buat mmg kena buat banyak jadi kena tambah sendiri la bahan2 sampingan sbb kalau nak guna buah dalam tin saja tak berapa best dan lebih jimat kalau kita beli buah2 segar kan. Selalunya K.Nor tambah dgn buah epal merah, epal hijau, buah lai, kalau nak letak buah kiwi atau strawberi pun boleh.. terpulang pd citarasa masing2.
KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA
resipi :Mrs Shieza MyR
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak
utk kuah custard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla ~ k.nor letak 1 sudu jer
Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar2, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.
tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi



Ni kan puding kegemaran..selalu kalau buat..suka letak buah fresh mcm kak nor buat nih..makan sejuk2 mmg sedap..haiz..tetiba trase nak makan untuk buka hari nih..( semalam buat bubur sup kak nor tuh..sedap!!!)
ReplyDeleteuikkk k.nor smlm baru plan nak buat puding cocktail ni..fav semua org, tapi i punya lain skit ...ada masa nanti leh buat.
ReplyDeletekalau buat menda ni kan kak...rasanyer habiss kt budak2 jer ni, diaorg suka sgt ngan koktail
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletetergodaaa lg nie... hehehehee... makan sejuk2 nie mmg sedap nie kan akak.... sedap2
memang laaa best... makan sejuk2 tu.. fuhh... cantik warne warni je buah2 an tu.. saya slalu buat mesti ada agar2 jugak..
ReplyDeleteBiasanya Liza buatagar2 tu Liza gantikan dgn sumi yg bdk2 mkn tu...biasa la versi malas tp anak2 suka...hehehe
ReplyDeletewah..kak nor tergeliur saya tgok nie..
ReplyDeletesimpankan saya satu cawan dalam peti sejuk ye Kak Nor, petang nanti datang ambil buat buka puasa...
ReplyDeletekoktel kak nor ni memang terbaik punya, biasa saya buat koktel ni masa open house je dan memang cepat habis.
ReplyDeletecantikk berseri2 puding tu....
ReplyDeletetetiba jerk jadi dahaga..
sabo jerk...
Assalammualaikum kak :)
ReplyDeletewaaaa best2 nya resipi desert ni,insyAllah nak buat ni :)
assalamualaikum...
ReplyDeletenina >> mmg best kan..
uishhh .. terliur pulak sebut bubur sup.. ermmm.. bila nak godek ni.. stok daging tarak
pia >> dah buat nanti jgn lupa post.. boleh try versi pia lak insyaallah..
ida >> sama la dgn anak2 k.nor kecuali luqman sorang jer yg tk minat :)
diana >> w'salam diana, try la buat, nak2 kalau open house.. gerenti laris dipasaran :)
ReplyDeleteizah >> k.nor dah pernah buat letak agar2 merah tp tak berapa suka tengok kuah dia jd kaler merah kes kaler merah agar2 tu turun kat kuah.. tu yg skip agar2
liza >> yep, mmg pernah gak letak sumi mmg sedap .. masam2 manis kan
murni delights >> try la.. insyaallah sedap
ReplyDeleteamie >> cukup ke satu cawan jer.. jgn lupa dtg amik ya.. kang k.nor bg anak2 makan :)
GL >> betul tu.. mmg laku kalau buat time open house..
mas >> puding? mas ni baru bangun tidur ke? hihii.. baca betul2 tau, tu fruit koktel la.. hihihi
ReplyDeletepia >> w'salam pia.. buat jgn tak buat :)
kak, sepertimana atas tuntutan akak, izinkan saya copy resepi-resepi akak untuk saya torai dan juga izinkan saya mengcopy certain pictures to show to my lovely future wife.
ReplyDeleteterima kasih.
favourite nie...selalu buat suka kalau kuah dia pekat...terangkat abis la
ReplyDeletesy pernah wat puding yg ala2 gini masa buat majlis bacaan yasin kat kg dulu.. idea dari ma.. hehe.. tp ada satu lagi campuran bahan yg wajib ada iaitu pisang lemak manis yg digoreng terlebih dulu.. wallah.. sedap betul kak nor.. mmg antara dessert yg laris pd hari kejadian.. hehe..
ReplyDeletetimakasih banyak2 kaknor kongsi resepi ni. saya buat letak buah pear & kiwi ja. cik abe sgt suka & dia kata very healthy :D
ReplyDeletesalamie >> mekasih kerana mintak izin dulu.. silakan menerai resipi2 dlm blog ni.. tp kalau letak kat blog jgn lupa letak backlink ya..
ReplyDeletekayrul >> mmg lebih sedap kalau kuah dia pekat
ratna >> betul tu kalau buat utk jamuan mmg gerenti licin abis kan
mrs plain june >> sama2.. :) mmg sedap bila letak fresh fruits :)
salam kak..
ReplyDeletesaya masih lg kompius, adakah kuah ni akan pekat bile digaulkan dengan buahan2 atau jadi seakan kuah???nmpk sgt menarik...nk cube wat....=)