f Secubit Garam: Puding Pelangi

N3 Terkini

Wednesday, November 18, 2009

Puding Pelangi

Puding Pelangi by Alma MyR.. puding yg mudah dibuat, bahan2 pun senang dan yg paling penting, rasa ya enak...

Mintak izin ya Alma, nak letak resipi kat sini.. tq

PUDING PELANGI by Alma MyR
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)
#untuk dua adunan K.Nor guna gula sebanyak 200gm sahaja.. tu pun dah cukup manis bg K.Nor. So pada yg lain2 tu ejjas sendiri la banyak mana nak letak gula tu ya..
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....

6 comments:

  1. rasa macam nak capai jek seketui..siap dah potong2 tuh.ehehe...
    elok laa akak dah c n p resepi kat sini kan...sue selalu susah bukak myr tuh..heheee

    ReplyDelete
  2. Nor nak puding pelangi tu 5 ketuiii..suka sgt..tp lama dah tak wat..duk tgk pelangi keluar kat langit je lepas hujan2 nih..hehee...Kita tukar dgn cotton soft ciskek ummi tu eh..hehehe, takut nk makan cis banyak2..hehe

    ReplyDelete
  3. salam kak nor...

    huuiihhh warna dia tuuu yg teringin tuuu...
    lama idok makan puding ^_^

    ReplyDelete
  4. cutenya puding kak norr!!! nak sikitt!!!

    ReplyDelete
  5. sue >> akak mmg hidangkan utk sue la tu.. dah siap potong tu, ngap aje la ya...

    dulu mmg kalau boleh tak nak c&p resipi org lain kat sini, tp memandangkan myr yg kadang2 demam lambat kebah, tu yg terpaksa gak letak.. harap2 tuan punya resipi tak marah la bila terpaksa share resipi tu kat sini kan sue...

    ummi >> nak! nak! nak sangat2 la ummi.. suka sgt tau dgn CSJCiskek tu..best!

    liza >> w'salam..cun ke kaler dia hehe

    ain >> meh nak suap ain.. nganga luas2 ya... :)

    ReplyDelete
  6. cantiknya nur,nak kena cuba ni,bahan-bahannya pun senang.

    ReplyDelete