f Secubit Garam: Daging Masak Kicap Pedas

N3 Terkini

Monday, November 30, 2009

Daging Masak Kicap Pedas


Masakan pertama menggunakan daging korban pemberian org. Yer la, dah 2 hari tak masak, dgn kenduri aqiqah anak sdara suami pd raya ke 2 dan kenduri perkahwinan anak kawan baik K.Nor pd raya ke 3. Hari ni baru nak start main masak2 balik. Dah tengok resipi Ummi ni kat rumah dia, dan minggu lepas lak tengok kat rumah Ika. Nak try gak la dgn daging korban yg ada ni.

Ummi, mintak ijin ek.. nak C&P resipi kat sini ya.. tq

DAGING MASAK KICAP PEDAS by Ummi Kuantan
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-

  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...
# K.Nor guna daging biasa bukannya daging batang pinang, jd K.Nor rebus kejap daging. Lepas tu baru masak bahan lain ikut arahan resipi. Air rebusan tu digunakan balik dlm masakan.

6 comments:

  1. Salam Nor, byk dapat daging korban eh? Dah masak2 tu anto le ke Kuantan sikit..hehe..Ummi ni malas lg nak msuk dapur..hehe..rasa nk domam pun ada nih...aiiihhh..

    ReplyDelete
  2. salam nor, msk daging cara ni kurang kolestrol sikit sebab no santann..kak biasa buat juga ni utk makan ramai2 ...bandingkan dgn rendang jemu juge....

    ReplyDelete
  3. sedap nya nor..makan dgn nasi impit perghhh!

    ReplyDelete
  4. ummi >> w'salam..
    tak ada la banyak pun, tak sampai 2kg rasanya. ermm main ujan ke yg nak demam tu..

    nor64 >> w'salam k.nor.. betul tu..rasa pun sodap.

    Ct >> hoho makan nasi himpit pulak dah.. ermm sedap gak kan..

    ReplyDelete
  5. ijan >> kalau gitu kena amik yg dlm gambar la ya.. :)

    ReplyDelete