f Secubit Garam: Stew Daging

N3 Terkini

Tuesday, December 1, 2009

Stew Daging

Menu ke2 utk daging korban, Stew Daging. (psst!! rasanya nak stop dulu makan daging la.. dah sakit gigi2 nih duk kunyah daging jer 5 hari ni.. so ada 1/2 kg lagi daging korban tu kena simpan dulu..hehe) Sebelum ni duk selongkar dapur Maklang Azie mencari resipi2 yg boleh dicuba dan berkenan la dgn resipi Stew Ayam. Masuk list dulu. Pastu baru2 ni masa Azatie bertanya ttg resipi stew daging, K.Nor masuk pulak rumah K.Hanieliza dan terjumpa resipi Stew Tulang kat situ. Dengan idea Azatie yg gabungkan kedua2 resipi tu, K.Nor pun cuba la nak gabungkan jugak kedua resipi stew tu. Maka terhasil lah satu resipi stew daging yg menyelerakan pada anak tekak K.Nor sekeluarga. Alhamdulillah.. berjaya menghasilkan satu resipi baru, tak tau la pada org lain sedap atau tidak. Tapi kalau nak cuba, dipersilakan. Terima kasih banyak2 pada Maklang dan K.Liza atas resipi2 stew yg K.Nor amik dr dapur anda berdua ya.. Tq jugak pd Azatie yg memberi idea ya.. :) Pada sapa2 yg nak resipi asal dr Maklang Azie dan K.Liza boleh klik kat link pd nama resipi kat atas ya..



STEW DAGING MY STYLE

500gm daging ~ dipotong
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris halus
2 sudu besar tepung gandung ~ bancuh dgn 1/2 cawan air
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ tambah jika nak lebih pedas
1 rempah sup bunjut
1 batang celery ~ dihiris
1 - 2 biji ubi kentang ~ dipotong
1 batang carrot ~ dipotong
3 bj tomato ~ dipotong dadu (besar)
5- 7 bj cendawan shitake kering ~ rendam dan potong 2 atau 4
1.5 liter air ~ tambahkan kalau nak kuah lebih
1 kiub pati daging/ayam
garam
sedikit gula
daun saderi ~ dihiris
minyak

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia yg ditumbuk hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang layu.
Masukkan bancuhan tepung dan goreng lagi hingga kekuningan.
Lepas tu masukkan serbuk lada hitam dan daging.
Goreng hingga daging bertukar warna dan masukkan air.
Masukkan pula rempah sup bunjut dan tutup periuk.
Masak hingga mendidih.
Masukkan ubi kentang, celery , tomato dan cendawan.
Masak dgn api sederhana perlahan.
Masukkan garam, gula dan kiub pati daging/ayam.
Masaklah sehingga daging empuk.
Kalau kuah agak pekat boleh lah ditambah lagi air.
Sedap dihirup/makan gitu saja atau dimakan dgn roti tp sebelum tu tabur dulu dgn hirisan daun saderi.

#
Kuah stew ni mmg tak secair kuah sup biasa sbb adanya bancuhan tepung.
Kalau ikut style K.Liza dia lecek kentang yg dah masak dan masukkan balik dlm kuah stew.



cicah dgn roti bantal manyak sedap !

6 comments:

  1. salam sdpnya kak negok dgg tu..buat sy lapar je mlm ni do singah dapur akk...nasib le sy x leh mkn dgg pantang...kalau x kepunan sy heheee

    ReplyDelete
  2. Amboi Kak Nor,
    hari hari daging nie... best betulla... yang tak mo 1/2 kilo tuh bak kat kite jer lah. kite tolong simpan kat Kak Nor buleh?hehehe

    ReplyDelete
  3. kak nor... nampak menyelerakan dr yg atie buat ari tuh...
    tapi kan kalo stew nih kalo dah sejuk tak baper sodap laa... anak dara atie cakap ada lendir.. maybe terbyk tepung kot...
    so mmg kene panaskan kaw2 punya before kasi dorang mkn... ari tuh instead mkn ngan nasi... dorang buat mee stew akak mee soup hahahahaha

    ReplyDelete
  4. shiela >> pantang? pantang makan daging ke? sakit? atau dlm pantang? hehe

    ijan >> bukan tak mo ijan, tp kiv dulu.. tak larat la hari2 duk kunyah daging.. kalau ijan nak boleh aje.. meh la

    atie >> mungkin atie terlebih letak tepung kut, tu yg jd pekat dan berlendir.. k.nor letak 2 sudu besar jer tepung dan tak masak sampai pekat sangat

    ReplyDelete
  5. lebih kurang sup juga ya nor? cuma ada letak tpg je!

    ReplyDelete
  6. am >> yep.. sbb letak tepung tu yg buat kuah dia pekat2 sket

    ReplyDelete