f Secubit Garam: Gader2 @ Perlis

N3 Terkini

Monday, December 28, 2009

Gader2 @ Perlis

Okey.. jom kita layan citer gader2 at Perlis ni.. ramai ke yg dah masuk panggung nih? hehe sabo aje la kan... dah 3 trip mesin basuh duk berdangdut tu.. yg belum berlipat dah menampakkan bentuk bukit. Meh ler sapa2 yg tak ada kerja tu, kat rumah ni ada kerja kosong. Tak perlu bermalam, boleh balik hari. Makan tanggung, boleh tapau kalau ada lebih.. Kerjanya tak payah, sambil duduk2 jer.. sambil layan citer kat tv.. mulut pun boleh ngunyah.. hihi ada yg sanggup tak? Kerjanya... menarah bukit baju !! Meh la.. meh laa .. syok nih kerja lipat baju... huhuhu... malessssssss bebenor ler bab melipat nih.. tapi kena buat gak kan.. huh! ish.. tak baik mengeluh... senyum aje la ya. Kang tak dapat pahala ^____^

Ok.. layan........


Ini la Fatinz MyR atau kat facebook dikenali dgn nama Yong Fatin. Duk kat Kangar, Perlis. Dah lama sungguh berhajat nak jumpa Fatin dan sorang lagi mek Perlis tu, akhirnya termakbul gak. Tak terpikir langsung sebelum ni nak jumpa dgn member MyR di sebelah utara ni. Maklum la, bukannya mudah nak ke sana, jauh kan. Ini semua kehendak tuhan akhirnya disebabkan pernikahan SIL K.Nor dgn org Sg Petani, dapat la K.Nor bertemu dgn dua org adik kat Perlis ni.

2 hari sebelum ke Langkawi, K.Nor tegur Fatin kat Facebook beritau yg K.Nor nak ke Langkawi. Tak sempat nak atur pertemuan yg lebih happening kerana keadaan tak mengizinkan. Dengan yg sorang lagi tu pun tak dpt nak berhubung. Hp dia selalu buat hal, tak leh nak contact. Akhirnya K.Nor tawakkal jer hantar SMS beritau yg K.Nor nak ke Langkawi dan naik feri kat Kuala Perlis. Dengan izin Allah, akhirnya dia dpt sms tu dan call K.Nor masa K.Nor dlm perjalanan ke sana. Alhamdulillah...

Posing dulu sementara menunggu yg sorang lagi tiba..


Haa... tu dia.. Dah sampai pun. Itu la Che'iza yg terror masak. Banyak resipi dia kat MyR kan.. Rasa dlm mimpi pun ada bila dpt jumpa Iza dan Fatin ni.. Mmg seronok sgt. Si tecik tu, hero @ bopren @ handbag Iza. Bila mula2 jumpa serius jer muka, sampai berkerut dahi. hehe.. Yer la duk jumpa tengah panas, mana tak berkerut dahi.. agaknya dia cakap, apa la makcik2 ni duk gader tengah2 panas.. hehehee.........

Iza datang bersama suami dan 3 org anak, 2 lelaki dan 1 perempuan. Terima kasih buat suami Iza yg sanggup keluar dr opis semata2 nak hantar mem dia gader2. Pastu siap belanja kita org lunch lagi. Terima kasih daun keladi ya.. ^___^

Ni kat restoran Anjung Keli. Punya la ramai org duk makan kat restoran ni, penuh! Posing dulu sebelum makan. Lauk pauk kat sini punya la banyak sampai tak tau nak pilih. Lauk berasaskan ikan keli pun banyak tau. K.Nor rasa la ikan keli goreng yg panas2 tu mmg sedap! Naim dan Cik Abg pun suka sgt makan kat situ siap ajak g lagi bila balik dr Langkawi. Tapi tak ada rezeki, tak dpt g masa balik tu..

Suami Iza disamping hero dia yg berbaju kuning dan anak dara yg berbaju pink.

K.Nor nak ucapkan jutaan terima kasih buat Iza dan keluarga serta Fatin sekeluarga yg sudi meluangkan masa bertemu dgn K.Nor pada hari tu. Terima kasih buat Fatin atas ole2 tu.. (cantik!! .. kek tu pun sedap.. tq2) Tak lupa terima kasih sekali lagi buat Fatin dan suami (Zaini) yg sudi menumpangkan kereta K.Nor kat rumah mereka dan bersusah payah menghantarkannya ke jeti masa menunggu K.Nor sekeluarga tiba dari Langkawi.

Rasanya ada gambar2 masa duk makan lepas turun dari feri tp nak kena belek lagi dr koleksi lebih dr seribu gambar2 yg ditembak masa percutian ni. Nanti la ya, K.Nor selongkar semula. Kalau ada akan di updatekan kemudian.. insyaallah..

updated:
sedikit lg gambar semasa lunch selepas kembali dr Langkawi.

Yang berbaju putih tu kawan suami K.Nor (member Fotosantai) yg turut ke Langkawi bersama keluarganya.

Fatin bersama puteri bongsu dan suami.

* sebenarnya kalau boleh nak gak jumpa member2 blogger yg lain, yg duk kat Perlis/Kedah tp disebabkan tak ada contact no jadi tak dpt la nak berhubung kan. Lagi pun takut gak org tak sudi jumpa ke, org bz ke.. Bukan tak ingat, ingat sgt dan nak jumpa gak kalau diberi kesempatan. Nak buat camna, tak ada jodoh lagi kali ni ya.. maaf ya...

10 comments:

  1. seronoknya dpt jumpa geng2 masak.

    ReplyDelete
  2. Siap ngan popcorn dah nih..hehe..

    Makanan yg disediakan utk keje melipat baju tu kalo udang goreng,abis laa baju2 akak berminyak nanti.hahah

    oooo..jumpa che'iza ngan fatinz yer..muda belia jek mak2 dara neh termasuk org ganu tu skali..
    haa..belek lagi kak gambar2 yg lebih dr seribu tu.pastu update lagik..popcorn lom abis lagi nih..

    bila nak gather2 ke belah borneo lak ni kak?ngeee... :D

    ReplyDelete
  3. K.Nor nape x ckp datang cni...uwaaaaa....na pon teringin nk jumpe K.Nor....bestnye diorang gader2

    ReplyDelete
  4. ain >> mmg seronok, kita org dah kenal lama tp on air jer :)

    sue >> bagus betul sue ni, siap bawak popcorn sendiri tu.. bak sket..

    haa... nak bodek la tu ya.. no ole2 kali ni ya.. :)

    jenuh la nak mencari gambar tu sue, manyak sgt! nanti la kalau ada rezeki mana tau kut2 k.nor terbang ke borneo lak kan.. :)

    mekna >> ermmm k.nor dah annouce kat sini tp tu la dah tak ada contact no camna nak hubungi. nak tinggalkan pesan kat shoutbox org kang org 'terpaksa' lak g jumpa k.nor :) tak per la.. lain kali lak ya kalau ada jodoh :)

    ReplyDelete
  5. salam... nor dah sampai ke utara... ke selatan bila pulak? :D

    ReplyDelete
  6. mana satu gambar kak nor niii??? asyik sebut nama org lain jer hehehe. sorry ler.. kalau ada kat celah2 tuh.. sbb tak kenal kak nor kan

    ReplyDelete
  7. Wow, besnya gader2!!! Dpt jugak Love tengok Kak Che'Iza di sini! hehe..;)

    ReplyDelete
  8. k.e >> insyaallah kalau ada rezeki tahun dpn mungkin ke johor lak

    rimbun >> laa tak kenal lg ke dgn tuan rumah, rasanya dah banyak gambar k.nor yg dipostkan.. tak per la.. kalau nak kenal gak..yg tuaaa sekali antara mak2 daras tu.. atau yg lebih tepat lg yg specky :)

    love >> love tak pernah tengok lg ya rupa che'iza :)

    ReplyDelete
  9. best sgt dapat jumpa kak nor..... jgn serik ya dtg perlis.... terima kasih ole2 nya.....

    ReplyDelete
  10. fatin >> insyaallah.. mmg tak serik.. suka g makan ikan keli goreng tu :)

    ReplyDelete