f Secubit Garam: Ayam Masak Rempah Maklang

N3 Terkini

Wednesday, December 30, 2009

Ayam Masak Rempah Maklang

Dah lebih dr seminggu dapur diberi MC. Cukup la tu kan.. kita kerjakan dia la semula. Kita mulakan dgn menu Ayam Masak Rempah dr Maklang Azie ni. Bahan2 nya simple jer. Ada kelainan sket pada rasa disebabkan penggunaan rempah 4 beradik, rempah kari dan daun kunyit. Alhamdulillah rasa masakan ni sedap.. Kalau ikutkan resipi asal dr Maklang, dia cuma cakap bahan2 yg diperlukan aje. Tak ada sukatan tertentu. So pandai2 la ngejas banyak mana nak diletak bahan2 tu ya.. Kalau K.Nor letak sukatan K.Nor kang, org kata K.Nor pandai2 ngejas resipi org. Pastu ada pulak yg kata K.Nor suka ngaku hak milik resipi org lain.. ermmm.... Org yg banyak PhD ni susah sket, serba tak kena org lain tu.. kan.. kan...



Terima kasih buat Maklang yg sudi berkongsi resipi masakan bondanya ni.. Mintak izin ya Maklang nak letak resipi tu kat sini.

Ayam Masak Rempah ~
resipi asal by Maklang

1 ekor ayam ~ digoreng separuh masak supaya isi ayam tak hancur

Bahan Kisar
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Jintan halus } disangai dan diblend
Jintan kasar }
Kari daging
Serai – titik
Daun kunyit – dicarik2
Kicap kipas udang
Rempah 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga)
Asam keping
Air asam jawa ~ k.nor guna asam keping jer

Cara
Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan jintan2 tadi dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan kari daging rempah 4 sekawan dan beberapa titik kicap…biarkan seketika sehingga masak…masukkan skit air asam jawa dan campakkan serai, daun kunyit.

4 comments:

  1. sedapnya!!! klu mkn ngan ns impit lg la SYOK!!!

    ReplyDelete
  2. Gosh, sedapnya Ayam Masak Rempah ni kak! errr lapar balik nih! heeee...

    Okey, resipi masuk list! :)

    ReplyDelete
  3. Uiiiihhh dah masak2 dah eh...Kain dah siap lipat belaka dah eh...ya laa duk rumah mesti sekejap jek langsai semua..Kalu Ummi, balik bercuti, pastu sambung kerja ofis melambak, balik nak melipat kain segala hadoooiiii "cinnntaaa" rasanyaa..hehehee

    ReplyDelete
  4. ain >> cuba la.. insyaallah sedap

    love >> hihihi.. cpt g makan something, kan masuk angin perut tu :)

    ummi >> kalau nak ikut kan kain yg tak berlipat, bila la dpt masak tu.. tp perut nak gak di isi kan.. so kena la masak2 sambil2 tu lipat2 la jugak

    ReplyDelete