f Secubit Garam: Sup Telur Jiya

N3 Terkini

Wednesday, December 30, 2009

Sup Telur Jiya

Haa.... Jiya ada telur? Betul ke ni?? hehe.. ampun ya Jiya.. saja nak gurau2.. tak marah kan.. saaaaaaayang dia :)

Ternampak resipi sup telur ni kat MyR. Terus aje dtg idea nak masak apa utk hari ni. Kena la buat yg kuah2 dan jenis air2 jer sbb nak jdkan partner dgn Ayam Maklang tu.. Disebabkan males nak ke pasar, humban aje bahan2 yg boleh dihumbankan dlm sup ni. Banyak bahan tak ada tp masak ni kena la guna kreativiti kita gak kan. Kalau dah tak ada sesuatu bahan tu, ganti jer la dgn apa yg boleh digunakan. Ubi kentang yillek, kiub pati lembu pun yillek. Su'un yillek, tauhu kering puunnn yillek... hehehe.... K.Nor campak jer bunga kobis, carrot dan tomato pastu part kiub pati lembu, K.Nor lebihkan la dgn kiub pati ayam. Alaaa.... kita yg buat dia kan.... ^___^. Jadi la lauk 2 in 1, tak yah lagi dah masak sayur, kan...

Ok Jiya, nak tampal resipi kat sini, boleh kan.. mekacih ya..

SUP TELUR by Jiya
  • 4 biji telur
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • Su'un (direndam)
  • Tauhu kering (direndam dan dipotong kecil)
  • 1 ulas bawang kecil (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 kiub ikan bilis maggie
  • 1/2 kiub daging lembu Knorr
  • Sup bunjut
  • Air secukupnya (lebih kurang 3-4 gelas)
  • Garam
  1. Goreng bawang dengan lebihan minyak ikan sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, sup bunjut, kiub dan kentang. Didihkan dan masak sehingga kentang empuk.
  3. Kemudian masukkan su'un, tauhu kering, garam dan perasa.
  4. Slowkan api, pecahkan telur dan biarkan telur masak. Pastu bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment