f Secubit Garam: Gader Dgn Hunny

N3 Terkini

Wednesday, December 16, 2009

Gader Dgn Hunny

Salam...

Hari ni tak ada show masak2 tp nak tayang gambar gader dgn tokey semekut dr Puchong, Selangor yg dah lama sgt nak jumpa tp tak diizinkan tuhan. Dah plan macam2 tp tak ada jodoh, so tak leh la nak jumpa. Semalam si tokey semekut ni call, tanya ada ke tidak K.Nor kat rumah hari ni. K.Nor pulak agak kebizian lagi chewahhh.. ngalahkan VIP hehe.. Nak buat camna, Naim ada appointment dgn doc gigi pakar dia. Kena la gi. Dah tu 2x gi lak tu.. Duk pikir dah dr semalam, mana la sempat nak berperang kat dapur. Tapi K.Nor cakap ke Hunny ni K.Nor nak jumpa gak dan nak ajak makan. Pastu pakat dgn Cik Abg nak ajak dia org lunch kat kedai dah la.. Cik Abg tak banyak songeh, dia kata beres.. sonang kerja akak weh.. hihi..

Tapi nak dijadikan cerita, ntah camna tak jadi gader kat kedai makan tp K.Nor dan suami tetap g makan gak kat kedai. Kebetulan ada kawan lama suami K.Nor bersama isteri dan 5 org puteri dia yg datang ke K.Trg utk menghantar anak sulung ke UMT. Dia org ni tak jumpa sejak keluar ITM dulu. Dah lebih dr 20 tahun tak jumpa.. seronok berbual dgn dia org sekeluarga ni... ermm.. En Shukri.. tak tau ni nak karang citer apa.. segan! hihihi yer la org dah tau dan selalu masuk 'rumah' ni, mula la start rasa segan nak berceloteh.. :) Apa pun harap berpuas hati dgn makanan dan layanan yg tak seberapa td.. mudah2an dapat berjumpa lagi ya.. (gambar2 yg diambil td kena la tengok kat 'rumah' dia ya.. )

Ok balik pd citer gader dgn Hunny, lepas lunch dgn kawan suami K.Nor tu, K.Nor pergi ke rumah kawan suami Hunny. Masa tu Hunny dn famili dia g lunch kat rumah tu. Kat Kg. Kuala Bekah, Pulau Musang. Akhirnya dapat gak la berjumpa dgn Hunny, tokey semekut Puchong ni. Alhamdulillah.. seronok kan Hunny :) Terima kasih pd tuan rumah yg baik hati sudi terima kita org gader2 kat rumah dia tadi.

Ni la Hunny dgn anak dara dia Syamina yg pendiam jer dan Syafi, si adik. Ya rabbi, comel sungguh Syafi. Dengan putih melepak, rambut ikal2 sket, ada lesung pipit kecik kat hujung bibir bila senyum dan yg paling cun tu bulu mata dia lentik sungguh! Dah la mulut tu keletah jer.. Memang geram! hehe Yang kat belakang tu anak sdara Hunny. Hunny ni datang dgn MIL dan SIL dia bersama anak2, cuti2 ke K.Trg. Tak banyak gambar yg disnap, maklum ler kat rumah orang kan.. Hunny, mudah2an ada jodoh kita jumpa lagi ya..


Waaahhhh... panjang nyer citer malam ni.. Tak per la, dah lama tak mengarang nih.. Sejak bercuti kes kenduri ni, mood menghapdet merudum sket. Uish.. minggu depan nak bercuti seminggu lak. Seronoknyer...... Ermmm... Ok lah.. jumpa lagi di lain siaran... Daaaaaaa.......... ^___^

7 comments:

  1. bila pula sy nk jumpa kak nor ek..????

    ReplyDelete
  2. Hunny from MR ke? Along nak gi cuti2 ke Tganu lah, boley rasa masakan Nor...hehe.

    ReplyDelete
  3. salam... akhirnya bertemu juga ya...

    ReplyDelete
  4. salam akak ^_^

    waahhh... bila pulak giliran liza nak jupe kak nor...jelezz nengok pic shita ngan kak nor ^_^

    ***same2 bz kita yee...(dec n jan yg bz)***

    ReplyDelete
  5. ain >> bila diizinkan tuhan.. insyaallah kita jumpa ya..

    alongroz >> yep, tu hunny myr ler along.. tak berani la nak masak utk along, kang tak sedap sbb along lagi terror masak :D

    tapiiiii mmg nak sgt jumpa along, sambil gomol2 liana hehe

    ummi e >> alhamdulillah .. dgn izin tuhan..

    liza >> tu la pasal, kalau liza tak kerja aritu boleh dah jumpa kan.. tak per la, insyaallah satu masa dpt la jumpa ya..

    ReplyDelete
  6. salam Cik Nor,
    Terima kasih dari saya sekeluarga buat Cik Nor dan Tolahah sekeluarga kerana sudi bertemu dan menjamu kami hari itu. Betapa gembiranya kami dapat bertemu Tolahah seletelah sekian lama. Di tambah lagi dengan peluang mengenal Cik Nor yang sebelum ini hanya dikenali melalui blog secubit garam.
    Harapan agar kita dapat bertemu lagi pada masa terdekat ini.
    Silalah berkunjung ke rumah kami, bila bila Cik Nor dan Tolahah berada di KL.
    Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
  7. A.Shukri Elias >> w'salam en. shukri.. biasa la tu kan, meraikan tetamu yg jauh yg dah lama tak jumpa.. kalau ikutkan ala kadar jer layanan kami hari tu.

    insyaallah kalau diizinkan kita jumpa lagi. semoga ukhwah yg terjalin berpanjangan hingga ke akhir hayat.. dn terima kasih kerana sudi meninggalkan sepatah 2 kata kat blog ni.. :)

    ReplyDelete