f Secubit Garam: Jom Makan Roti

N3 Terkini

Sunday, December 20, 2009

Jom Makan Roti

Adegan memecah dara bread mould. Satu versi munge yg kaler maler yg diciplak ideanya dr Mamafami dan satu lagi versi lap2 U. Yg lap2 tu K.Nor ciplak idea Mama 3D nun di Jepun dgn meletak hawlflakes kat dalam doh roti. Salah ke ciplak menciplak ni ek.. tak salahkan... Meniru idea org utk kebaikan kan.. Org yg ditiru tu gak yg dapat pahala... insyaallah...

Ok,cara membuatnya...Canai sedikit adunan roti dan letakkan kepingan hawflakes yg dipatah dua diatasnya. Gulung dan masukkan dlm bread mould tu. Untuk bentuk munge yg kalepul ni, warnakan sedikit doh roti dgn pewarna yg disukai pastu lekatkan bersama2. Canai leper adunan tu dan gulung kemas. Pastu masukkan dlm bread mould. Tunggu hingga naik sekali ganda baru la dibakar.

Mcm biasa K.Nor guna Basic Sweet Dough utk doh roti ni. Resipi asal by Mamafami yg K.Nor ambil kat rumah CMG. Ma, mintak izin ya nak letak dan letak dan letak sokmo resipi tu kat rumah Nor ni.. hehe

Lap U & Lap Me ^______^


BASIC SWEET DOUGH by Mamafami

400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....
Yg ni diletak kepingan cheese dan ditabur gula sebelum dibakar.. enak sih!!!

6 comments:

  1. Gosh, I think bakeries kat tempat KakNor boleh tutup la kot! hehex...cantik sungguh rotis akak tuh tau...pasti sedap! :)

    Love nak heart shapes tuh! hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. Isyk, jam pulak pc ni, harap2 tak kuar double. Along nak dua2 roti tu, Nor buatkan utk ALong eh, kita takda acuan cam gitu...hehe

    ReplyDelete
  3. kita tak nak makan roti kak nor, kita nak display je kat tray!!! cantik sungguhhh!!!

    ReplyDelete
  4. First time nengok roti bentuk Luv ngan bunga tu. Noor bakar ngan acuannya sekali ke

    ReplyDelete
  5. salam kak nor...
    waaahhh roti akak niii canteeq... sayang pulak nak makan ^_^

    ReplyDelete
  6. love >> ish tak sampai tahap tu lagi love.. mana boleh tanding dgn roti yg dah pemes :)

    along >> boleh2.. kalau utk along dn liana anytime :)

    ain >> ish sayang la kalau display aje, nanti berkulat.. baik ngap dulu ya..

    aidah >> yep, mmg kena bakar dgn mould dia sekali kalau tak camna nak membentuk gitu kan..

    liza >> w'salam liza.. ni sorang lagi sayang nak makan.. lenguh sj k.nor wat roti org tak nak makan :)

    ReplyDelete