f Secubit Garam: Muffin Coklat

Monday, December 21, 2009

Muffin Coklat

Muffin kegemaran seisi keluarga, Muffin Coklat yg lembut di dalam dan crunchy kat atasnya. Memang best! Pada yg baru nak belajar buat muffin tu, try la muffin ni. Mudah sbb tak perlu guna mixer cuma godek dgn hand wisk jer atau spatula. Nak buat muffin ni mudah jer sbb setau K.Nor muffin ni biasanya nak kita mix hingga sebati jer.Kalau boleh jgn overmix. Biasanya kalau overmix muffin kita keras atau padat. Tapi bergantung atas sesetengah resipi gak la. Tapi boleh dikatakan kebanyakkan resipi muffin tak perlukan kita mix lama2, tak perlukan kita guna mixer. So, mudah kan bila guna hand wisk jer.
kalau ada yg tak tau ni la rupa dia hand wisk
... ermmm pinjam gambar pakcik google jap ya.. tq


kang ada yg kata ulat kat atas tu..
coklat ok.. coklat.. not ulat.. :)

MUFFIN COKLAT
by Yani
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.