f Secubit Garam: Nasi Serai & The Gang

N3 Terkini

Saturday, January 1, 2011

Nasi Serai & The Gang


Dah malam baru boleh post nasi utk lunch tengahari td. Kes duk ralit meroti la ni. Tak per la, asal post gak kan. Ni la Nasi Serai, nasi yg digandingkan dgn Daging Merah Bersos Plum dan Salad Simple yg dah dipublishkan ptg td. Wangi semerbak jer bau nasi ni bila nak menghidangkannya. Nasi Serai versi K.Nor ni, simple jer bahan2nya. Slmt mencuba bg sapa2 yg teringin nak masak tu.



NASI SERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.


* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.

8 comments:

  1. jadi teringat lak kesedapan nasi serai yg mas buat ari tu...memang kena ngan daging tu kan kak nor... sedappnya...bila lak nak buat lagi...gi tuai padi dulu..he..he...

    ReplyDelete
  2. mas >> amboiii.. td nak cari lembu, ni nak tuai padi.. abis bila boleh makan ni!! hahaha

    ReplyDelete
  3. wah..da keluar pun setnya..saja tau menggoda..dah la azam baru mengurangkan apa yg terlebih..ase masuk blog masak2 makin menambah la kilo..haha...cemana la agaknya azam neh..dari tahun ke tahun ni dipanjangkan...hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nor,
    patutlah bau harum tadi sampai ke dapur saya....rupanya dr dapur kak nor...hehe sedapnya kak tapi saya lak msk nasi mentega kismis..:)

    ReplyDelete
  5. salam terliur daging tu tp kita tukar masak sotong..sos plum tak dak kita tarah asam jawa..sbb dok pk sos plum tu masam..betul dak kak? ke rasa macam mana huhu

    ReplyDelete
  6. izah >> nak kekalkan semangat tu boleh, masak jer, tp jgn makan banyak. limitkan nasi, amik 1 senduk jer, lebihkan lauk dan ulaman. k.nor ni biasanya ratah lauk jer, nasi jarang makan tp body maintain kembang gak.. tp at least boleh control gula dlm darah kan

    nieza >> wahhhhhhh jauhnya bau nasi serai k.nor melayang! hihi... nieza nak tau, mula2 k.nor plan nak buat nasi mentega kismis tu gak, tp tukar plan sbb buat nasi serai ni cepat sket, bahan2 pun tak banyak :)

    suri >> boleh aje tukar2, atas kita sbb kita yg buat dia kan hehe.. yep, ok gak letak air asam jawa, fungsinya sama jer utk masamkan masakan tp mungkin tak ada bau spt letak sos plum kut

    ReplyDelete
  7. salam kak

    waaa,nasi serai yg harum tu bwk geng la hihi

    ReplyDelete
  8. pia >> salam pia... yep.. geng masak2 bukan geng bas sekolah ya.. hehe

    ReplyDelete