f Secubit Garam: Sambal Kerang

N3 Terkini

Sunday, January 23, 2011

Sambal Kerang

Sambal Kerang yg digandingkan dgn Nasi Lemak, menu lunch hari ni. Selamat mencuba bg sapa2 yg ingin mencuba :)


SAMBAL KERANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2kg kerang
3 btg serai ~ diketuk
sedikit garam
3/4 cawan air

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali.
Panaskan dan tutup kuali.
Biarkan seketika hingga keluar wap dan kacau2 biar sebati.
Tutup lg dgn penutup kuali dan masak seketika lg.
Padamkan api dan toskan kerang.
Kopek kerang hingga habis dan bilas sket utk buang kekotoran dlm kerang dan ketepikan.


Bahan utk sambal:
2 sudu besar cili mesin
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihirs
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
air asam jawa
sedikit garam dan gula
1/2 cawan air
minyak

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg dihiris.
Tumis hingga bahan2 kekuningan dan masukkan cili mesin.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan bawang besar yg dihiris.
Masak lagi hingga bawang layu dan masukkan kicap dan sos tiram.
Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Kacau2 dan biarkan seketika, masukkan 1/2 cawan air.
Biarkan merenih dan masukkan isi kerang.
Masak lagi hingga kuah pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi lemak dan juga dgn nasi putih.

* K.Nor lebih suka guna bawang besar yg dihiris dr diblend sbb bawang tu berikan rasa manis pada masakan.

12 comments:

  1. Assalamualaikum...
    K nor, i like sambal kerang. Ada lagi tak?

    ReplyDelete
  2. sambal kerang tue nampak sgt sedap..nanti nak try buat...;-)

    ReplyDelete
  3. sam >> w'salam sam..
    kalau ada mmg nak bagi tp dah licin.. tinggal kuali jer hehe

    rania >> slmt mencuba ya rania.. smoga kena dgn selera..

    ReplyDelete
  4. nanti sya update percubaan pertama sya tue..hehehe..tapi klu tak buh sos tiram lari tak rasa dia??

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nor,

    Pasni leh la sy ikut resipi ni plak.. sbb sambal kerang sy td x cmpur kicap & sos tiram pn..

    Nyesal jgk sy blend bawang sbb mcm kak nor ckp, hiris lg bagus..

    next time kna cuba..

    ReplyDelete
  6. fevret saye ni...wahhh...lagi2 makan ng nasi lemak.perghh

    ReplyDelete
  7. rania >> kalau rania tak kejar ia tak lari.. hehe..

    tak lari sgt rasa dia tu.. boleh gak ganti dgn 1 sudu kicap manis lg..

    (maaf rania, k.nor tak sedar rania ada bertanya ni.. maaf sgt2)

    leya >> mmg lebih manis kalau kita guna bawang hiris. emak sdara suami saya tokey nasi lemak yg sedap kat kg tanjung, dia tak blend langsung bawang sebaliknya dia guna bawang goreng dlm sambal ikan aya atau ikan bilis.. sbb tu kuah dia sedap :)

    momma >> mmg sedap :)

    ReplyDelete
  8. huhuhu..kecik hatiku...hehehe...

    ala kak takpe..sya tak kisah..tadi dh survey2 sos tiram..dh akak kate tak buh pun takpe kira orait la tue..plannyer ujung minggu nie nak try wat...hehehe..

    ReplyDelete
  9. rania >> jgn ler kecik2kan ati ya.. :)

    slmt mencuba ya.. :)

    ReplyDelete
  10. Salam kak nor..
    dah buat dh sambal kerang..menjadi..mohon nak share resepi ye...

    ReplyDelete
  11. rania >> salam.. dah jadi ya.. camna rasa? silakan nak share, no prob :)

    ReplyDelete
  12. sedap kak..boleh wat lagi lepas nie..hehehe..

    ReplyDelete