f Secubit Garam: Daging Merah bersos Plum

N3 Terkini

Saturday, January 1, 2011

Daging Merah bersos Plum

Tengok Dayang pos resipi ni terus copy & save sbb dah lama beli sos plum tp tak tau nak buat apa. Sebelum ni tengok resipi kat dapur rumah org lain terasa nak buat tp tak jadi sbb tak ada stok sos plum. Bila dah beli tak ingat pulak resipi mana yg guna sos tu.... adehh.. last2 bila Dayang tayang jer, terus la copy. 


Alhamdulillah, sedap kat anak tekak K.Nor sekeluarga. Mekasih Dayang, dah share resipi yg menggunakan sos plum ni ya.. Halal ya, K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak.. Tq..

DAGING MERAH BERSOS PLUM
resipi: Dayang Jack
sumber: K.Nor@SecubgitGaram

bahan-bahan: (3-4 orang makan)
250-300 g daging (direbus dan dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan cili giling
1 sudu makan sos plum
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 biji cili merah (dihiris)
2-3 biji cili padi (diketuk)
sedikit kicap manis jika suka
garam dan gula secukup rasa
1-2 helai daun limau purut jika suka

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos plum, sos cili, kicap, cili padi, cili merah, dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
Masukkan daging, bawang besar, garam dan gula (jika perlu). Kacau sebati hingga kuahnya pekat.
Setelah masak, hidangkan dgn nasi panas.
*** masukkan sedikit pewarna merah semasa merebus daging supaya kelihatan lebih menarik.


** 1/2 dr bawang besar K.Nor tumiskan sekali bersama dgn bawang merah dan bawang putih. Anak2 ni kurang sket makan bawang yg nampak jelas dlm lauk, kalau dah sebati sket dlm kuah tu tak per jer.


4 comments:

  1. kak nor, sedappnya daging tu, mas pun terasa mcm nak buat, kena cari lembu dulu....

    ReplyDelete
  2. salam kak nor..
    nampaknya kena tunggu pusingan nak buat daging tu.,,nampak sedapnya...

    ReplyDelete
  3. mas >> hehehe.. mas nak gi cari lembu kat mana mas? pastu sapa la pulak nak sembelih tu.. hihi.. gi cari DAGING lembu ya dik mas :)

    suri >> salam suri.. k.nor pun sekali seminggu jer masak lauk daging :)

    ReplyDelete
  4. salam kak

    patut la mcm penah tgk jer resipi ni hehe

    apa2 pon akak n sys dj blogger2 msk terhebat!!

    ReplyDelete