f Secubit Garam: Spaghetti (Angel Hair) Bolognese & Dpt 'Cucu' Lg... :)

Friday, January 7, 2011

Spaghetti (Angel Hair) Bolognese & Dpt 'Cucu' Lg... :)

Sudah penat... Nak masukkan n3 terakhir utk malam ni pun rasa cam tak larat dah.. Dari petang td duk main masak2 kat dapur menyediakan makan petang dan jugak sambil2 siapkan makan malam. Nasib baik la buat spaghetti gini tak cerewet mana. Bila dah prepare semua bahan2 utk buat kuah spaghetti dan start menumis bolehlah sediakan bahan2 utk buat hidangan makan petang. Kuah spaghetti ni biasanya perlu dimasak secara renih atau kata lain masak dgn api perlahan dan biarkan ia mendidih slow2 atas dapur. Layan mata aje la ya dinner K.Nor sekeluarga malam ni, Spaghetti (Angel Hair) Bolognese. Stok spaghetti ada sket jer, tu yg kena guna Angel Hair yg masih ada sepeket.


Untuk hidangan petang, pg esok la ya K.Nor masukkan n3. Nak rest pulak, males dah nak mengedit/resize/letak watermark kat gambo biar pun dua tiga keping jer gambo. Nak mengarang pun dah tak ada idea.. hehe..

***


Oppsss!! sebelum terlupa.. Nak ucapkan tahniah buat anak sdara K.Nor (Fajariah) yg baru mendapat cahayamata pertama lewat petang td. Bertambah sorang lg cucu buat sister K.Nor yg duk kat Puchong tu. Kali ni cucu lelaki yg dilahirkan kalau tak silap pukul 6.40 ptg td, melalui tingkap jugak. Alhamdulillah.. tak per la asalkan ibu dan bb selamat dah la kan.. Bertambah sorang lagi cicit buat ayah K.Nor dan cucu sdara ke3 buat K.Nor hehe.. ermm bila lak nih nak gi tengok cucu baru..

K.Nor pernah tayang gambar2 perkahwinan anak sdara ni dulu kat blog ni. Nak tengok? Sila la klik kat SINI.. Tahniah buat Mc Faja dan Shahmi yg skrg dah bergelar ibu dan ayah dr Chu sekeluarga :)