f Secubit Garam: Cendawan Goreng...

Monday, January 24, 2011

Cendawan Goreng...

Hampir 1kg K.Nor beli cendawan kat pasar tani baru2 ni. Semata2 nak buat cendawan goreng dan bagi si anak teruna tu rasa kesedapan cendawan goreng. Dengan menggunakan resipi Cendawan Goreng Hot & Crunchy K.Nor goreng cendawan ni sebanyak 2 hari.. Yer betul... 2 hari berturut!! Semua gara2 kehabisan gas memasak.. Malam semalam dah goreng hampir setengah dr cendawan2 tu tup2 gas habis. Tak sempat shoot sekeping pun gambar masa tu sbb Cik Abg dan Along dah tak sabar2 nak makan. Ingatkan lepas dia org dah kenyang, baru la nak shoot cendawan yg sedang digoreng tu. Bila gas abis, tergendala projek nak shooting. Tak leh nak sambung goreng lagi sbb tong gas spare pun kosong jugak! Adehhh.. punya la terlupa nak order gas sampai dua2 sekali kosong. Rasanya baru sgt lagi tukar gas baru tup2 dah abis. Ni penangan masak banyak sangat la lately.. Awal pg td baru la boleh order gas lain.


Seronok tengok anak2 berebut2 makan cendawan goreng ni. Angkat jer dr kuali, letak dlm pinggan terus licin. Sampaikan yg K.Nor dah siap atur dlm piring pun kena sambar kes tak sempat nak tunggu yg lain masak. Bila dah kena larang jgn amik lg yg dah siap diatur tu baru la boleh shooting. Abis shooting aje, K.Nor pusing masuk dapur, tup2 licin terus yg kena posing tadi.. hehehe...

Makan dgn Jalapeno Cheese pun sedap sgt nih..

Ok la.. jom tengok resipi yg K.Nor guna utk goreng cendawan kali ni. Semestinya menggunakan resipi Cendawan Goreng Hot & Crunchy, hasil olahan resipi Yogurt Fried Chicken dr Love2Cook..


CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
400 gm cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan masukkan dlm kuali.
Goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)