f Secubit Garam: Siew Pak Choy Bersos Tiram

N3 Terkini

Sunday, January 30, 2011

Siew Pak Choy Bersos Tiram

Hidangan sayur yg sangat mudah disediakan, bahan2 pun simple jer tapi enak dan menyelerakan..  Layan aje la ya, menu ulang tayang ni..


SIEW PAK CHOY BERSOS TIRAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4 - 5 pokok siew pak choy
air secukupnya
beberapa titik minyak
~~~~~
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 sudu besar sos tiram
sedikit gula ~ jika suka
1/4 cawan air
sedikit minyak

Kerat siew pak choy dan bersihkan.
Panaskan air dan masukkan beberapa titik minyak (kaedah letak minyak ni utk hasilkan sayur yg segar/hijau lepas dicelur)
Celur sekejap siew pak choy, angkat dan rendam dlm air paip biasa utk hentikan proses celur/masak.
Toskan dan susun dlm piring.

Sos:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi/kekuningan.
Masukkan sos tiram dan sedikit gula.
Bila dah wangi, masukkan air.
Kacau dan masak hingga sedikit pekat.
Tuang atas sayur yg dah dicelur tadi.
Hidangkan panas..

8 comments:

  1. hmmmm.... sedap. kak rose suker sangat, tu yg banyak kali ulang tayang. tp x pe kan sbb simple n sedap!

    ReplyDelete
  2. bagi semangkuk nor,,huuiihh..sejuk kat negori skang ni..rasa malas je nak masak.hehe

    ReplyDelete
  3. kak nor, sedapnya sayur ni..saya suka!...mkn lak ngan nasi panas2 ni..hehe akak dh lunch dah yer...saya baru nk breakfast..:)

    ReplyDelete
  4. kak nor...ade tak resepi xyah pakai sos tiram..wani alohan skit ngan sos tiram..kalu makan..siapla...daku xbenti bersin..huuuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. k.rose >> salam k.rose, simple tp sedap!! kan.. hehe

    k.anim >> akak tak amik ke yg nor dah serve tu? hehehe

    nieza >> sama la kita nieza, kena dgn nasi panas2 mmg best :)

    waniey >> masalahnya sos tiram tu bahan utama, kalau tak letak, tak timbul la nama siew pak choy sos tiram tu :)

    tak tau la nak tukar dgn apa.. :)

    ReplyDelete
  6. Kak, saya dh try tapi x letak gula langsung. Sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada masalah kalau tak nak letak gula.. tu terpulang pd citarasa masing2.. mekasih ya sudi try :)

      Delete