f Secubit Garam: Strawberry Tiramisu

Thursday, January 27, 2011

Strawberry Tiramisu

Alhamdulillah... akhirnya dapat gak mencapai impian nak buat tiramisu. Ni gara2 sorang adik yg begitu baik hati, tau yg K.Nor duk ngidam nak buat tiramisu tp tak ada lady's finger atau dgn nama lain biskut tiramisu. Tak suruh dan tak mintak pun tp dia dgn baik hati belikan utk K.Nor. Dia beli dulu baru dia mintak add K.Nor tau.. Dah tau la tu, kalau tanya memang gerenti K.Nor kata TAK PAYAH kan.. hehe.. Apapun mekasih banyak2 buat Tun yg sudi belikan lady's finger ni buat K.Nor. Sebabkan Tun dah beli biskut ni, tak jadi la K.Nor nak cuba buat lady's finger resipi Dayang tu. Lain kali lak Dayang ya, kalau ngidam lg nak makan tiramisu, insyaallah K.Nor try resipi Dayang tu :)


Disebabkan Tun yg baik hati tu tolong belikan utk K.Nor biskut ni jadi K.Nor dgn rasa happynya mencuba resipi tiramisu Tun, Blueberry Tiramisu. Tapi cam biasa la, suka bab derhaka ni, jd K.Nor tukar ke Strawberry Tiramisu sbb masih ada banyak baki strawberry filling dlm esbok. Seronok betul masa buat tiramisu ni. Along dan Aisyah pun tak sabar2 nak merasa keenakkannya. Bila tiramisu dah set elok2 dlm esbok selama 3 jam lebih.. kita org pun hadap ler.. Ya rabbi.. sedapnyer!!! Jakun betul kan, tak pernah makan tiramisu hihii... Apapun mmg sedap sgt Strawberry Tiramisu ni. Dengan adanya cheese dan jugak biskut tu pastu ditambah lg dgn rasa masam2 filling strawberry... perghhh.. rasanya boleh jer K.Nor hadap 2 cup tu.. hehe.. Tapi tak leh la tamak sgt kan, kesian anak2 pun nak makan gak. Nanti buat lagi sbb biskut ada balance lagi tu..

Now U see it ...................... Now U don't
^_________^

Mekasih ya Tun, dah share resipi tiramisu yg enak bangat! Izinkan K.Nor share kat sini pulak ya... Lagi pun utk mudahkan K.Nor nak buat lagi dan lagi nanti.. insyaallah.. Mekasih daun keladi.. hahaha... Psst.. Tun, sori la ya smlm masa kita sembang akak tak citer dah buat tiramisu ni, saja nak suprisekan Tun pagi ni :)

STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup