f Secubit Garam: Menu Ayam Dan Sayur

N3 Terkini

Thursday, January 6, 2011

Menu Ayam Dan Sayur

Menu yg direquest oleh si anak. Katanya kawannya pernah masak lauk gini masa kat Jordan. Rasanya tak pernah lagi terpandang org buat Masak Lemak Cili Api kaler hijau, kalau yg kaler kuning tu biasa la. Bila anak dah request nak makan, kena la pikir2 camna nak buat. Terlintas la idea nak guna cili api yg kaler hijau jer dan tak perlu masukkan kunyit. Kebetulan ada daun kunyit yg dibeli minggu lepas dlm esbok. Boleh la masukkan sekali dlm lauk ni.


Alhamdulillah.. bila dah siap masak dia cakap sedap cuma tak sepekat kuah yg kawan dia buat. K.Nor ni jenis tak suka makan yg pekat2 sangat takut muak time makan. Lagipun kena la kurangkan sukatan santan tu kan, tak elok la banyak2 sgt. Satu hal lg Naim lak jenis tak suka lauk santan pekat2 sgt, dia jenis suka lauk yg cair2 jer. So kena la amik jalan tengah, supaya semua boleh makan :)

Ok, K.Nor letak resipi utk rujukan anak2 dan K.Nor sendiri di lain waktu.. Kalau sapa2 yg sudi mencuba, silakan.. :)

AYAM MASAK LEMAK CILI API HIJAU
resipi : K.Nor @SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
9 bj cili api hijau ~ ditumbuk halus
sehelai daun kunyit ~ dicarik2kan
3/4 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
sedikit serbuk pati ayam
garam

Cara:
Masukkan ayam, cili api yg ditumbuk, daun kunyit, santan dan air kedalam periuk.
Masak hingga mendidih. Hendaklah sentiasa dikacau.
Bila dah mendidih masukkan garam dan serbuk pati ayam.
Boleh juga dimasukkan sedikit gula jika suka.
Masak seketika lagi dan sedia utk dihidangkan.


~~~~~~~ *** ~~~~~~~


Yg ni menu sayur, masak jer apa2 yg ada kat esbok. Terpandang fucuk dlm gobok yg entah bila beli. Nasib baik belum berkulat lg. Tu yg kena godek gak, kang dah berkulat sayang lak.. Buang duit saja2, sayang gak kan..

Ada kobis, carrot, fucuk dan udang.. shedap wat ratah2 :)

11 comments:

  1. salam kak nor,
    wah sedap2 menu akak ni...sayur pucuk tu saya suka sgt...lama x mkn terliur la pulak..:)

    ReplyDelete
  2. banyak beza tak kak kalau tak lemak kunyit hidup ni?nampak simplen menarik slera je lauk ayam ni

    ReplyDelete
  3. nieza >> salam nieza, sama la k.nor mmg suka fucuk tu nak2 buat sayur air.. takmakan nasi tak per, duk meratah jer

    izah >> bila letak daun kunyit, bau dia lebih wangi jd lebih ummph la izah :)

    ReplyDelete
  4. Kat Jordan tak der lauk masakan mak...itulah yang semua kawan masak sedap tu...he he he.

    ReplyDelete
  5. salam..seronok kak nor duk penuhi selera nak bujang dia..macam terbau je aroma daun kunyit tu kak nor..mesti sedap sgt tu..

    ReplyDelete
  6. aduh! sedapnyer kak Nor....bau dia sampai kemari dah ni... cuba mengoda imanku....hihihi ni boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  7. Salam Nur,
    macam masak thai curry chicken pun ada. Apa2 pun memang nampak sedap lauk tu

    ReplyDelete
  8. salam nor,
    sedapnya lemak cili api ayam ni..
    this is my both son's favourite..boleh bertambah2 nasi kalau lauk ni..
    kita pun selalu gunakan cili api hijau,sebab tak pedas sangat compare dgn yang merah tu..

    ReplyDelete
  9. gerau >> betul2.. hehe..

    suri >> bila letak daun kunyit lg umphh kan.. wangi jer :)

    azlita >> slmt mencuba!! lg pedas lg umphhh :)

    k.aidah >> betul tu, nor pun perasan gak masa nak shoot gambar tu td :)

    ayu >> tu la ayu, tak la sepedas kalau guna yg merah kan, boleh la anak2 nak makan lebih2..

    ReplyDelete
  10. salam akak

    pia suke fucuk,yum3(lagi)

    ehehe,jgn tgk je pia kecik tp kuat mkn.kalau pengsan susah hi2

    ReplyDelete
  11. pia >> salam pia.. lewat masuk arini :)

    mmg kuat makan betul ya.. sib baik tak kembang mana :)

    ReplyDelete