f Secubit Garam: Koleksi FM

Monday, January 10, 2011

Koleksi FM

Nak warning awal2 ni ya... Pada sapa2 pengumpul Fridge Magnet (FM) dan rasa2 naik tahap kejelesan bila tengok tayangan K.Nor pg ni.. sila tutup mata anda! hehehehe.. Kalau tengok jugak, pastu nak ngendeng2.. mintak ampun la ya.. setiap satu FM ni tak ada 2 atau 3 yg boleh dikongsi2kan.. Kalau ada insyaallah boleh K.Nor berikan tp anakanda tak beli lebih kali ni. Sebab harga utk setiap satu tu agak mahal dr yg beli sebelum ni. K.Nor nak bg pun sayang!!  Jadi cuci mata aje la ya.. 

Yang ni koleksi terbaru K.Nor, yg Along bawak balik baru2 ni. Yg ada tertera Jordan tu yg dia beli kat Jordan la.. Yg dlm kotak ( ada 2 kat atas, tengah2 tu) dia beli masa transit kat Bahrain. Ada yg dari Australia, Wales dan Disneyland tu, dia kirim kat kawannya yg gi ke sana. Along ni tau, K.Nor mmg suka collect FM, jadi bila ada geng dia nak kemana2 mesti dia kirimkan FM.. Mana la si emak tak layan keinginan anak nak makan itu ini kan.. hehe

Yang ni pulak yg dia bawak balik masa dia balik sebelum2 ni. Ada dr Turki, Syria, UK/London pun ada.. Ni semua dia beli bila dia jalan2 ke sana masa cuti. Yg berbentuk daun tu (ermm.. tak perasan terbalik kedudukannya tu) ada kalimah bismillah..  Yg berbentuk Cadbury World tu dia beli masa ke UK, 2 tahun lepas. Masa tu adik K.Nor dan familinya ada kat sana. Along ni sempat jelajah stadium2 bola kat sana dan melawat kilang coklat Cadbury..  K.Nor tak halang dia nak kemana2 sbb masa ni la nak amik kesempatan melawat negara org. Nanti dah abis belajar dan start kerja dah payah nak melancong. Dia pergi pun dgn kawan2nya. Lagipun dia lelaki kan, tak la bimbang sangat. Insyaallah dia pandai bawak diri..

Cantik kan .. hehe


erkkkk!!!! dah lewat nih.. masuk opis dulu ......... zassssssssssssss !!!! ^_________^