f Secubit Garam: Once A Year Chips

N3 Terkini

Sunday, January 23, 2011

Once A Year Chips

Tau pasal apa tajuk tu gitu? Ni sebab mmg setahun sekali jer ada keluar arrowhead kat pasaran, iaitu time nak masuk tahun baru Cina. Masa ada ni la perlu rebut peluang rembat arrowhead@buah ngaku ni. K.Nor pernah buat dah sekali tahun lepas kerepek ni. Bimbang gak masa mula2 nak buat, kang tak sedap. Tapi bila dah buat.. perghhhh sedap! Sebab tu sentiasa menunggu tahun baru Cina utk dpt beli lg dan buat lagi kerepek lemak2 ni.


Cukup best dpt mengunyah kerepek ni nak2 time ngadap TV atau time BW.. hehe. tak sedar abis sebekas kerepek. Nak buat mmg leceh sket la bg yg kurang kerajinan tu tp kalau dah biasa buat, insyaallah.. sekejap jer siap. Kena guna kuali yg luas sket permukaannya supaya banyak ruang kita nak letak kerepek tu masa menggoreng. Dgn cara ni baru kerepek tu tak melekat antara satu sama lain. Nak lagi elok, sagat terus atas kuali, biar jatuh kepingan direct atas minyak panas.

Lepas siap goreng tu, toskan kejap dan boleh la dimakan. K.Nor tak letak apa2 dah lepas goreng tu. Bg K.Nor rasa semulajadi arrowhead yg dijadikan kerepek ni dah cukup sedap. Lemak2 dan rasa manis tu dah cukup. Tapi kalau nak tabur garam halus dan pepper sket pun tak per. Terpulanglah pada citarasa masing2.


Ni K.Nor letak resipi Kerepek Arrowhead versi mudah yg K.Nor buat.. Nak tengok buah ngaku@arrowhead ni boleh klik kat SINI

KEREPEK ARROWHEAD
resipi: K.Nor@SecubitGaram

bahan:
ubi arrowhead
salt & pepper ~ optional
minyak utk menggoreng

Kupas kulit arrowhead dan bilas bersih.
Hiris nipis2. Boleh gunakan sagat (yg utk kopek kulit kentang/carrot pun boleh_
Goreng dlm minyak yg panas hingga keemasan/garing.(api jgn terlalu kuat sbb nanti cepat hangus)
Angkat dan toskan.
Sedia utk dingap :)

9 comments:

  1. salam kak nor...mmg sedap...saya pon suka rasa asli dia...tak perlu boh garam..dah sedap dah.. =)

    ReplyDelete
  2. Kak Nor, memang sedap kan. tapi saya tak pernah buat pun.... member kat opis yang selalu bawak... semangat dia beli sampai 3-4 kilo tu....

    ReplyDelete
  3. salam kak nor...xpnh tgok pom lg buah ni..mmm,kak nor beli katne area trg ni?

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan nagi...nmpk sedappp..rasanya macam mana kak nor...

    ReplyDelete
  5. kak Nor, nak sebalang, boleh! rasa nk mengunyahlah...nak buat sendiri entah bila boleh rajin...hehe

    ReplyDelete
  6. k.nor, dulu tgk dlm fp madiha, dia ada wat, lepas tu nampak ada jual arrowhead ni kat supermarket, tp xpernah try...betul ke sedap..hihi..tp murah je, sekilo rm2 je aritu

    ReplyDelete
  7. Waduh k.nor!baru semalam saya tengok arrowhead ni kat giant..
    biasanya kakak saya akan goreng banyak buat kerepek..kalu makan memang takleh nak benti..sedap!hehee

    ReplyDelete
  8. norul mas hana >> haa tu la kan.. rasa original dah cukup sedap.. lemak2 berkrim.. hehe

    wanida >> wahhh berkilo2 tu.. tp mmg la, buat mmg seronok.. ngap lg seronok.. tak sedar abis semangkuk besor :)

    zawani >> k.nor beli kat sabasun, kat giant ada gak rasanya

    ReplyDelete
  9. mas >> try la mas, rasa lemak, manis2 buah, tak kelat, tak pahit.. kiranya mmg sedap la mas.. akak tak letak apa2 pun, makan gitu jer.. mmg best.. nak stop pun payah.. kiranya lebih berkhasiat dr kerepek kentang yg kat pasaran tu.. masin kan.. yg ni lemak2 gitu

    dayang >> erkkk!! dah abis la stok arrow head yg belum proses.. nanti kena gi beli yg lain dulu k :)

    yusparisa >> insyaallah.. mmg sedap. kalau tak, takkan k.nor dan org lain duk ulang buat. try la buat, nanti abis CNY payah dah nak jumpa buah ni.. kalau 2.00 per kg tu murah la.. kat sini 3.00+ rasanya..

    wan >> betul tu wan, kalau kita makan yg chips biasa2 tu kan masin kan.. ni lemak, tu yg payah nak stop.. sedar2 dah licin :)

    ReplyDelete