f Secubit Garam: Slice Cheese Cake (Versi Marble)

Thursday, January 13, 2011

Slice Cheese Cake (Versi Marble)


Saja2 menggodek ciskek ptg smlm nak bg anakanda merasa ciskek hasil tangan si emak sbb tau anak teruna sorang ni mmg suka dgn cheese. Lepas sembang dgn Ros td (kebetulan jer Ros mencuit kat YM cam tau2 org nak godek kek dia hihi) terus gi godek ciskek ni.. Alhamdulillah.. menjadi dgn elok jer tp yg tak syoknyer masa dlm oven bukan main lg tinggi membumbung, bila dah keluarkan mula la dia drop sket sket.. Dah letak sekejap dlm oven lepas masak tu pun masih nak drop gak. haishh... Tak per la, asalkan tak mendap teruk or jd bingka kat bawah dah la kan.. Apa pun kek ni mmg sentiasa menjadi pebret K.Nor sekeluarga. Gebu dan moist jer teksture kek ni. Along tak berhenti mengunyap sambil mulut duk sebut sedap.. sedap.. haha... baru puas hati si emak buat kek :)


Mintak izin ya Ros, K.Nor nak share resipi tu kat sini pulak ya.. Tq :)

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.