f Secubit Garam: Mee Mamak

N3 Terkini

Wednesday, January 5, 2011

Mee Mamak

Memang tepat telahan Mokwo pg td, Mee Mamak yg pasti menjadi menu pilihan utk si teruna. Sebelum ke pasar pagi td dia dah beritau nak makan Mee Mamak ni. Benda mudah jer kan, tak la cerewat menyediakan Mee Mamak. Memang mee ni lah mee kegemaran dia. Pernah tahun lepas K.Nor poskan 2 botol kicap pekat Jalen yg dia mintak semata2 nak goreng mee mamak kat Jordan. Tapi dia tak goreng guna mee kuning sebaliknya guna spaghetti jer la. Biasa la hidup kat perantauan kan, mana nak jumpa mee kuning melainkan buat sendiri. Insyaallah nak balik nanti K.Nor akan bekalkan Mee Sanggul Melayu utk dia bawak balik ke Jordan.

Opss... lupa nak posing keropok ikan/keping .. :)

MEE GORENG MAMAK

1 bungkus mee kuning
daging (k.nor guna daging batang pinang) ~ dihiris nipis
fishball/sotong ball ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu besar cili mesin
5bj bawang merah ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj tomato ~ dihiris nipis
sedikit garam dan gula
2 bj telur
kangkung
sedikit air
minyak
timun batang
limau nipis

Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi/perang.
Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan sedikit air utk mengempukkan daging.
Masukkan fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
Kacau hingga telur masak dan masukkan kangkung yg dah dipotong.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan mee.
Kacau mee hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis bg menambahkan lagi keenakkan mee goreng ni.
Slmt mencuba..

* daging boleh digantikan dgn udang atau ayam tp K.Nor prefer letak daging.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.
*** kalau ada lebihan kuah kacang pun boleh masukkan dlm mee ni masa menumis rempah2 tu.

17 comments:

  1. wah wah...td dah 1st person komen kat rmh k.hana...ni kat rmh k.nor plak=)best mee mamak ni..saye pom suke..hihihi...bsr2 dah ye anak k.nor=)

    ReplyDelete
  2. mee mamak memang sedappp,saya dah beberapa kali buat...anak2 teruna saya pun kata 'the very sedap'

    ReplyDelete
  3. Mee goreng mamak memang kegemaran saya juga...sedapp!!

    ReplyDelete
  4. agak nye...keropok tu dah terposing dalam mulut tu.....muahahaha.....bertuah badan dapat bonda yang pandaiiiiii masak.....:)

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak norr... jiya pon suka!! jd jiya leh kongsi2 ngan along kannnn... ahehehehehee..

    ReplyDelete
  6. salam kak Nor..
    Melawat malam2 buta nie..sbb ni je masa yang ada..

    Lapar pulak tak tido lagi ni.. Dah la hujan di luar.."Mee goreng mamak sepinggan!!"

    ReplyDelete
  7. lamanya x makan mee goreng mamak ni... terliur tengok, nak bawak pinggan memalam ni jauh pulak!

    ReplyDelete
  8. la... sedapnyer... mee mamak... lama tak makan! terliur aje tengok... kak nor ulur la sepinggan... hihihi

    ReplyDelete
  9. suka2..my fave to....!!!:)
    kaknor, kalo balik kampung mmg tak lepas nye makan mee goreng mamak nih, sampai mintak resipi kat mamak tu..dia cakap masa goreng tu dia masukkan kuah mee rebus sekali, mmg best!!!

    ReplyDelete
  10. zawani >> dah besar2 dah.. :)

    ma'chiks >> mmg mee mamak sedap kan :)

    yus >> tak pernah jemu dimakan kan yus :)

    ayu >> alaa ayu apa kurangnya, pandai gak masak kan hehe

    ReplyDelete
  11. jiya >> hehe ngengada ya.. meh kongsi dgn mak along jer :P

    naz >> kesian naz, akak baru jawab komen naz pg ni, mee goreng mamak dah abis la naz.. laku sgt smlm :)

    k.rose >> sian k.rose, dah abis la kak hehe

    pembawa wacana >> slmt mencuba :)

    ReplyDelete
  12. salam kak

    akak penah mkn mee mamak letak kuah rojak? ;)

    ReplyDelete
  13. ita >> akak boleh ulur pinggan jer ita, mee nya dah licin hihii

    bee >> bee, biasanya org letak kuah sambal kacang. tak pernah dgr lg org letak kuah mee rebus..

    k.nor biasa gak letak kuah kacang, lagi sedap mee mamak nanti

    ReplyDelete
  14. pia >> salam pia, kuah rojak tu lebih kurang kuah sambal kacang kan.. kalau letak kuah sambal kacang biasa gak buat :)

    ReplyDelete
  15. sedapnya mee goreng mamak ni kak. fevret saya. banyak sungguh resepi2 kat sini. :D

    ReplyDelete
  16. erin >> try la erin, kut2 kena dgn selera ya;...

    ReplyDelete