f Secubit Garam: Sotong Beriani Masam Manis CMG

Monday, January 24, 2011

Sotong Beriani Masam Manis CMG

Hari ni tak ada idea nak mengarang. Badan terasa penat sangat2 kes jogging terlebih sket arini. Ni gara2 tukar port baru utk jogging. Biasa2nya kat tepi Bank Negara tu jer tp pagi tadi jogging kat Jogging Track di TTI.. Jogging track ni mengelilingi tasik buatan yg terletak berhadapan dgn Pusat Konvensyen. Seronok gak jogging situ sbb tak ramai org tp yg tak tahan, trek tu luat sgt. Penat nak mengejar cik abg arini.. Laju bukan main lg dia bila trek tu lengang. Betul2 fenat....

Layan jer la ya, menu lunch hari ni. Resipi yg diangkut dr TiffinBiru sapa lagi kalau bukan CMGebu. Sedap gak masak gini. Sotong yg diguna tu kecik2 jer tu yg nampak banyak. Rempah beriani tu K.Nor guna rempah beriani Batu Pahat mari.. hehe.. Dan cam biasa la kalau tak derhaka tak sah kan.. Ampun ya Che Mat.. K.Nor derhaka sketttttt jer kali ni.. Dan halalkan ya nak panjang2kan pulak resipi tu kat sini.. Mekasih ...



SOTONG BERIANI MASAM MANIS
resipi: CMGebu
sumber: K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ekor sotong saiz sederhana
1 1/2 camca besar rempah beriani mix "Maggi"
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih hiris halus
1 camca besar sos lada hitam
1 1/2 camca besar sos cili thai
Sedikit garam, jika perlu
1/4 cawan air
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan
Bawang goreng, sebagai hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong dibersihkan, buang kulitnya, dawat, muncung dan juga mata. Badan sotong dikelar2 tapi tak putus, buat hingga siap, cuci dan toskan (tak payah kerat kecil2). Gaul dengan rempah beriani mix "maggi", ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos lada hitam dan sos cili, kacau rata dan masukkan red/green/yellow capsicum tadi, kacau rata.
Masuk sotong dan gaul rata, tuang air dan masak hingga kuah pekat, rasa dan jika perlu boleh tambah garam. Bila pekat, angkat dan alih dalam bekas sesuai, hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng...Hidangkan segera..

* K.Nor tambah daun kari, hirisan cili padi dan perahan limau nipis
** sotong tu K.Nor goreng dulu sekejap( selepas dah gaul dgn rempah), biar keluar air dulu dan ketepikan.
*** air tu digunakan balik dan tak perlu lagi tambah air lain.