f Secubit Garam: Angel Hair Lemak Pedas

N3 Terkini

Saturday, January 15, 2011

Angel Hair Lemak Pedas

Ada sapa2 nak supper? Kita supper dgn yg ringan2 nih, Angel Hair Lemak Pedas. Resipi asal Spaghetti Lemak Pedas by Che Mat yg pg td ketat kes lappy dia buat hal. hehe.. Nak yg baru la tu Che Mat.. :)

K.Nor mmg suka masak pasta stail gini selain dr bolognese. Biasa la kan anak tekak melayu ni kalau tak pedas tak sah. Lagi pun dlm sos bolognese yg K.Nor buat pun K.Nor letak cili mesin.. hehe.. ala... kita yg buat dia kan.. :)


Maaf ya Che Mat, dah diderhakakan penggunaan spaghetti tu. Kebetulan stok angel hair jer ada kat rumah. Kalau diperahatikan agak patah2 angel hair tu kan. Sebenarnya dah 3 @ 4 hari lepas dah K.Nor rebus angel hair ni, tapi tak jadi nak masak. Masuk bekas, simpan dlm peti ais. Tadi pulak gi celur sekejap, padahal terus masuk dlm kuali pun tak per. Tu sebab patah2 tu, tp rasa tetap maintain sedap! Satu lg K.Nor tambah sket bahan dalam tu.. letak udang! Lagi la enak sih... Jom makan Angel Hair Lemak Pedas.. erkkk.. sebelum tu kita tengok resipi dulu.. mintak izin ya sekali lg Che Mat .. mekasih :)

SPAGHETTI LEMAK PEDAS by CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

12 comments:

  1. cantik n meriah je nampak..nak supper skali... kalau letak udang mmg tambah sedap kan..wangi n manis

    ReplyDelete
  2. Kak nor..ishh ni ada aku buat pulak esok..haha, erkk esok jadual ketat..nak kena main pondok2 ganasss punyaa..kira harcore..wahh

    ReplyDelete
  3. izah >> mmg lagi sedap ni izah.. try la :)

    che mat >> wahhh... ada projek besar2an ya.. projek utk jelita lg ke che mat :)

    ReplyDelete
  4. salam kak nor..buka2 lappy terus nampak supper kak nor.tiba2 jadi lapar di malam hari pulak

    ReplyDelete
  5. kak nor, memang menarik dan mabeles saya suka sgt pedas2 ni...hehe

    ReplyDelete
  6. mak aaiii, terlewat buka blog nor...tadi baru jer masak spaghetti bolognese..lain hari boleh buat yang ni, best pedas2 tuu:))

    ReplyDelete
  7. salam kak nor..

    sy budak baru belahjar
    bay leaf tu ape ye??hihi
    mana nak cari?
    boleh ganti dgn bahan lain tak?

    ReplyDelete
  8. suri >> salam suri, dah amik resipi pg td kan, dah buat belum? :)

    noormasri >> ampun... dah abes hehe

    nieza >> try la nieza, kut2 kena dgn selera nieza lak :)

    ReplyDelete
  9. hajah zainab >> tak per k.nab, esok masih ada hehe

    yaya azura >> salam yaya, tu yg bagusnya.. tak tau kita bertanya, kan..

    ok, bay leaf tu daun salam.. ada dijual dlm botol kat area rempah2 oregano, thyme, all spice dll.. biasanya kat kampung2 ada gak org tanam
    nak tau rupa, tengok kat sini ya..
    http://www.google.com.my/images?um=1&hl=en&biw=1360&bih=667&tbs=isch:1&sa=1&q=bay+leaves&aq=1&aqi=g10&aql=f&oq=bay+l

    kalau nak skip pun tak per sbb k.nor pun skip gak.. hehe alhamdulillah.. masih maintain sedap. cuma bila letak ada la harum bau daun ni.. :)

    ReplyDelete
  10. thanks kak nor sudi jawab..

    kalu susah dapat skip aje la ye...:-)

    ReplyDelete
  11. yaya >> yep, skip aje rasanya tak memudaratkan pun kalau skip hehe.. insyaallah tetap sedap..

    satu tip dr k.nor (k.nor cara ni kat AFC)
    air yg kita rebus apa2 pasta tu (spaghetti. angle hair, makaroni dll) kita jgn buang, guna balik air ni masa nak masak sos dia atau masukkan sekali dlm kuah yg kita buat tu.. insyaallah lg sedap masakan pasta kita.. :)

    ReplyDelete