f Secubit Garam: Baked Pasta

N3 Terkini

Monday, January 17, 2011

Baked Pasta

Malam ni tak nak bebel banyak2, kang sakit tekak balik.. erkkkk!! Ada kaitan ker bebel dgn jari boleh sebabkan sakit tekak? hehe.. Tak ada pong.. Sajer jer, rasa kekeringan idea nak membebel mlm ni. Kita layan jer ya tayangan amal terakhir utk hari ni dgn Baked Pasta, resipi yg diambil kat rumah Dayang Jack lamaaaaaaaa dulu. Tengok pada tarikh save as draf ni 28/10/10.. fuhhh lama betul. Ni baru berkesempatan nak buat.


Mekasih Dayang, sudi share resepi Baked Pasta ni. Anak dara yg nak makan sangat. Memang sedap cuma lain kali kena omit part kacang panggang sbb Aisyah dan Naim tak suka pulak dgn kacang panggang ni. Apa pun rasa pasta ni sedap, tambah lg masa nak makan tu letak sos cili.. lagi enak :) Ok Dayang, K.Nor tampal kat sini pulak resipi tu ya.. Mekasih :)



BAKED PASTA
sumber : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram



bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni
1 cawan pasta spirals
100 g minced chicken
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju (Ayam Brand)
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese
1 sudu besar mentega

bahan sos putih :
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
1 slice cheesedale
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
untuk pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan.
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah dimasukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Tutupkan api.
Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dgn mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan. Kemudian, ratakan pula dgn kacang panggang di atasnya.
Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dlm sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. Kacau hingga cair. barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
Tutupkan api dan tuangkan sos tadi di atas pasta dan ratakan. Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dgn suhu 160C.
***untuk sukatan dlm cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum.

14 comments:

  1. sedapnya kak...saya suka ni...nanti nk buat la...hehe

    ReplyDelete
  2. kak nor...sedapnye nampak... nk buat jugak...tp apakan daya..idup di rantauan, mane de oven/microwave...huhuhu

    ReplyDelete
  3. slm k'Nor..masih tak sihat kak...sedap ni nmpk...nanti boleh cuba..Tapikan bebudak ni lum pandai mkn benda2 gini.....kalau ikut tekak mak budak & bapak budak nak jer ubah2 selera..

    ReplyDelete
  4. owh yang ni ker??...alahai...nape x jemput dyg awl2 ari tu...leh join skali...hehe. Wlpn menu dh lm dah, tp tetap menggoda selera...terima kasih gak buat kak Nor yer sb sudi mencube resepi ni.

    ReplyDelete
  5. Hello K. Nor, nice baked pasta. It looks so delicious. Two pieces will do me fine, ha ha.
    Incidentally, I displayed a pic of your cooking previous posting. Credit you.
    Have a nice day, best regards,
    Lee.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nor...Tahniah walaupun lama dah save resepi akhir dapat juga Kak Nor membuatnya.....ruginya Lin x dapat rasa!

    ReplyDelete
  7. ishhhhhh3...sedapnyerrr..ni mesti dh habis, x sempat nak nganga mulut...! ;)

    ReplyDelete
  8. nieza >> slmt mencuba nieza :)

    soheada >> opss kesiannya, kena buat kat kedai kut hehe

    ida >> kalau nak buat utk 2 org makan, buat separuh pun cukup tu..

    ReplyDelete
  9. dayang >> terima kasih kembali buat dayang :)

    uncle lee >> my pleasure uncle lee.. :)

    I dah tengok dah, my lala masak berapi pic kan :)

    lin >> salam lin, nak rasa? lin kena buat sendiri la nampak gayanya :)

    ReplyDelete
  10. sofea >> tutup balik mulut tu, mmg dah yillek :)

    hamizah >> alhamdulillah.. mmg sedap :)

    ReplyDelete
  11. amik wat lari sebekas...hahahha..dap3

    ReplyDelete
  12. waniey >> wehhh.. pulang balik bekas akak tu!!! haha

    ReplyDelete
  13. salam kak
    mcm mac n cheese,yummy2

    ReplyDelete